CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mati Tercekik Mata Kambing

7-7-2023 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 578| Komen: 3

Lelaki meninggal dunia akibat tercekik mata kambing yang separuh masak dalam kejadian di sebuah bandar kecil di India, awal minggu ini.

Menurut laporan Times of India, jurucakap polis memaklumkan kejadian berlaku ketika mangsa, Bagar Singh, 50, berkelah bersama rakannya di sebuah kampung di Chhattisgarh, yang terletak kira-kira 1,000 kilometer (km) dekat timur bandar ini.



Gambar hiasan

Hasil siasatan mendapati Singh dan rakannya pertama kali pergi ke kuil, di mana kambing dikorbankan sebagai pertukaran untuk memenuhi hajat dan membeli kepala kambing di sana.

Mereka kemudian ke sebuah kampung di pinggir daerah Surajpur dan pergi ke satu lokasi perkelahan.

Singh sudah terlalu banyak minum arak apabila dia mengambil mata kambing itu, walaupun sebelum ia masak sepenuhnya.

Dia kemudian menelan mata kambing itu yang berdiameter kira-kira lima sentimeter (sm) sebelum tercekik.


Rakannya kemudian membawanya ke hospital sejauh tujuh km sebelum mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sana

"Bebola mata separuh masak, diameter sekitar dua inci, tersangkut di dalam saluran pernafasan, menyebabkan sistem pernafasan tercekik.

"Ia mungkin sebab utama kematian. Selain itu, lelaki itu mabuk, yang membawa kepada masalah pernafasan.

"Apabila masalah itu berlaku, kemungkinan makanan tercekik dalam saluran pernafasan adalah tinggi jika makanan tidak dikunyah dengan betul," kata Dr Swapnil Gupta seperti dilaporkan The Times of India.

Sementara itu, Dr Shailendra Gupta, seorang profesor madya di Kolej Perubatan Kerajaan Ambikapur berkata, mata kambing mempunyai konsistensi jeli dan mudah melekat pada otot saluran pernafasan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 7-7-2023 02:27 PM
Dengan kambeng tu la kot..
Quote Kitty_catz 7-7-2023 02:28 PM
naper makan mata kambennn?

makan la mata ikan.. kecik aje, takde le probability nak tercekik tu nokksss
Quote chiyoasuka 1-8-2023 07:28 AM
yg pg makan mata kambing knpaaaa

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.601775 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top