CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Calon Perdana Menteri Thailand Akan Menyanyi Sambut Kedatangan Taylor Swift

7-7-2023 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 197| Komen: 1

Taylor Swift diundang secara terbuka di akaun Twitter calon Perdana Menteri Thailand, Pita Limjaroenrat untuk menyelitkan negara itu sebagai lokasi konsert jelajah Asia bintang pop dunia itu, 'The Eras Tour'.


"Hai Taylor! Peminat setia kamu di sini. Thailand kini kembali ke landasan untuk menjadi sebuah negara demokrasi selepas kunjungan kamu terpaksa dibatalkan sebelum ini akibat rampasan kuasa. Rakyat Thailand telah bersuara melalui pilihan raya dan kami semua berharap dapat menyambut kamu di negara kami yang indah!


IG

“Datanglah dan saya akan menyanyikan lagu Lavender Haze bersama kamu,” tulis Pita yang turut meninggalkan tanda tangan nama Tim pada akhir hantaran itu.

Konsert jelajah 'The Eras Tour' oleh Swift mencipta fenomena dalam kalangan peminat setia penyanyi itu.

Pada ketika ini, jadual Swift hanya membolehkannya mengadakan persembahan di Singapura dan Jepun sahaja dalam senarai destinasinya ke Asia.


Swift yang popular dengan lagu Karma akan mengadakan 131 konsert sempena ‘The Eras Tour’ di lima benua bermula di Amerika Syarikat pada Mac lalu dan dijangka berakhir di London, Britain pada bulan Ogos 2024.



Media antarabangsa melaporkan, lebih 22 juta peminat setia penyanyi itu telah berdaftar untuk menonton konsert Swift di Singapura.

Di Singapura sahaja, penyanyi dan dan komposer berusia 33 tahun itu akan muncul dalam enam pementasan di Stadium Nasional negara itu pada bulan Mac 2024.

Tarikh-tarikh pementasan Swift di negara jiran itu ialah 2 hingga 4 Mac serta 7 hingga 9 Mac.

Sementara itu, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, juga memanfaatkan Twitter untuk cuba meyakinkan Swift berkunjung ke negara itu. 


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 7-7-2023 01:33 PM
belum sah lagi ke dia jadi pm?lamanya.tapi pm umur muda2 neh overrated.samalah jugak pm wanita muda mcm jacinda ardern tu.ujung2 sedeehhhhhh

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.109350 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top