CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

11 Jemaah Haji Thailand Meninggal Dunia, 3,500 Jemaah Lagi Terima Rawatan

7-7-2023 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 385| Komen: 1

11 jemaah haji Thailand dilaporkan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan dan Jurucakap Kementerian Luar, Kanchana Patarachoke, meninggal dunia akibat sakit.

Beliau berkata seramai 3,500 jemaah lagi menerima rawatan perubatan di Arab Saudi.




"Lebih daripada 50 peratus pesakit menunjukkan simptom paru-paru dan penyakit pernafasan lain, kebanyakannya warga emas," katanya.

Tahun ini, pihak berkuasa Arab Saudi memperuntukkan 13,000 kuota haji untuk Thailand.

Pihak berkuasa Thailand menghantar 130 pegawai untuk membantu menguruskan para jemaah.

Mereka diketuai Senator Zakee Pitakumpol serta wakil dari Pejabat Sheikhul Islam, Suruhanjaya Promosi Hal Ehwal Haji, pakar dalam bahasa Arab, Majlis Islam Pusat Thailand, Jabatan Pentadbiran Wilayah (DOPA) serta pasukan pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan Awam.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 10-7-2023 06:42 AM
"Tahun ini, pihak berkuasa Arab Saudi memperuntukkan 13,000 kuota haji untuk Thailand."

Quota untuk Thailand ni sama macam Malaysia ka as a percentage of muslim population? What is it now for Malaysia btw still 1/1000?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.100680 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top