CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Nak Turun Motor, Pelanggan Kecewa Rider Campak Barang Dari Pagar

7-7-2023 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 463| Komen: 6

Seorang pelanggan kecewa dengan tindakan penghantar barang dari sebuah syarikat kurier mencampak pesanannya dari pagar rumah.

Pengguna Facebook, Anik Kina, membuktikan tindakan tidak bertanggungjawab pekerja terbabit menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik dalam hantaran semalam.


Difahamkan, kejadian tersebut juga berlaku semalam sekitar pukul 2 petang melihat kepada tarikh dan waktu pada rakaman yang dikongsikan.

Foto: FB

“Biadap betuk la pekerja * ** Sungai Siput yang seorang ini. Cara letak barang sampai terkejut kucing itu. Tahu la awak hari ini hari terakhir kerja. Jangan la begitu letak barang saya.

“Saya bukan ada buat salah dengan awak pun sampai cara begitu awak campak barang saya, bayar kot, bukan percuma,” luah pelanggan tersebut.

Dalam pada itu, pelanggan berkenaan turut bertanya kepada pengguna Facebook yang lain tentang cara membuat laporan kepada syarikat kurier berhubung tindakan pekerjanya.


“Sesiapa tahu tak cara nak buat laporan pekerja macam ini?.

“Bantu bagi pendapat kejap, ada cara tak nak kompelin?,” soalnya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa geram dan ada pengguna lain berkongsi pengalaman sama apabila pesanan mereka rosak gara-gara pekerja kurier campak dari jarak jauh.

“Dua tiga kali dah barang sampai rosak, pecah, kotak kemek, bila satu hari saya sengaja mengendap dari tingkap rumah, memang nampak mereka (penghantar barang) campak barang saya dari jauh, malas nak turun dari motosikal, boleh baling macam itu barang pelanggan, memang kurang ajar,” kongsi Syafina.

“Dah ada bukti video macam ini, terus sahaja buat laporan kepada syarikat kurier,” cadang Azlan. – CARI

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matjerk 7-7-2023 12:01 PM
Rider kecewa, penerima parcel tak keluar walau dah bg salam n honk byk2 kali... kata rider.
Quote alieyrina 7-7-2023 01:04 PM
Aku prefer brg campak dlm pagar. ats tembok takut org ambik. Tp Setakat ni takda runner baling jauh gitu larr.
Item besar n berat runner letas atas tembok
Quote msdummy.2018 7-7-2023 01:25 PM
Malas nk cakap...rider aku elok jee letak barang..janji ada kerusi letak kat luar
Quote chiyoasuka 1-8-2023 07:29 AM
so far rider ak jmp okok gak.
Quote AcikCleaner 1-8-2023 07:41 AM
Aku rasa dia campak cmtu sebab tengok cuaca nak hujan kot..pastu kat parcel tu pulak takde tampal stiker fragile so dia lempar je la..bersangka baik je la
Quote sangbara2020 1-8-2023 10:52 AM
kat umah aku ritu food deli anta mknn kat pintu grill jiran ni
siap ada tmpt sangkut'..
dh dpt la pic drp deli man tu...
pastu fam dia tgk xde mknn tu...
kena rembat agaknya...
jiran tetangga sh halalkan je..haha
bkn kena kat korg sng la ckp kan

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.069313 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top