CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Ketagih 'Main Spin' Jatuh Muflis- Mula-Mula Modal RM50, Last Sekali Hangus RM300,000!

7-7-2023 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1517| Komen: 12

Seorang peniaga di TikTok mendedahkan bagaimana dia boleh menjadi muflis selepas segala simpanannya 'hangus' akibat bermain judi dalam talian.

Menurut ceritanya, dia mula ketagih dengan permainan judi sejak fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga membantutkan empat premis perniagaan yang diusahakannya.




Dengan menggunakan modal serendah RM50, dia mula berjinak-jinak bermain judi online akibat terlalu lama berkurung.

Jelas lelaki itu, wang yang diperoleh hasil berjudi semakin menaik membuatkan dia menambah jumlah sebanyak RM200 dengan pulangan bernilai RM1,000.

"Memang silap saya main judi online menggunakan telefon. Saya top up RM50 sebagai permulaan, kemudian cuci (dapat pulangan) RM400.

"Atas nasib jackpot saja. Jika menang, kita akan masuk (tambah jumlah) lebih besar. Saya ada masukkan modal RM3,000 tapi silap sebab RM50 saja saya dapat pulangan.


"Lepas tu saya jadi ketagih, saya masuk lagi RM200. Nak main menggunakan modal lebih kecil tapi hangus. Saya masukkan RM5,000 lagi konon nak dapatkan balik RM10,000 pun hangus.

"Kita masuk duit jumlah besar dia tarik, kita masuk jumlah kecil dia pancing bagi kita menang. Duit tu memang tak dapat balik dah, dia telan semua sekali," katanya lagi.

Situasi menjadi lebih parah apabila lelaki itu turut membuat pinjaman Ah Long namun tidak mampu untuk melangsaikan hutangnya.

Dalam video yang tular, lelaki ini mengakui menjadi buruan ceti haram tersebut selain disenarai hitam pihak bank.

Akur dengan kesilapan terbesar dalam hidupnya, dia turut menitipkan pesanan agar orang ramai tidak terjebak dengan kegiatan tidak berfaedah sepertinya.

"Sebanyak RM300,000 simpanan saya dalam masa lima tahun habis main judi sampai tahap pinjam Ah Long.

"Sekarang Ah Long pun cari saya. Bank pun dah blacklist nama saya. Kalau Ah Long tu ada tengok video saya ni dia nak jumpa saya pun tak mengapalah.

"Jadi untuk orang ramai, janganlah bermain judi. Jangan jadi macam saya ni sampai dah bankrap. Orang ramai yang tengok video saya ni dengarlah betul-betul... jangan jadi macam saya. Memang dah tak boleh lari dah," ujarnya lagi.

Sebagaimana kita ketahui judi adalah permainan yang membabitkan wang dan dan lain-lain sebagai taruhan.

Dalam agama Islam, ia merupakan salah satu perkara yang diharamkan Allah dan perbuatan itu termasuk dalam kumpulan dosa-dosa besar. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarahmirza 7-7-2023 11:46 AM
So motif buat video?
Orang hidup berpandukan agama tau je fikir buruk baik berbanding orang yang hidup ada agama.
Quote Jajuli 7-7-2023 04:03 PM
Kdg tenggok juga  dia ni kat tt, kata air dia sedap byk orang beli tapi live dia setengah jam nak ada customer pun susah
Quote kakikuDibibirmu 7-7-2023 04:04 PM
Nak buat macam mana, bahtera Nabi Noah A.S. pun mendarat dan terdampar di atas Bukit Judi, Allahyarham Lim Goh Tong tersenyum sinis
Quote Kitty_catz 7-7-2023 04:10 PM
ex colig meols.. mulayu isle.. time org pi semayang jemaat, depa.. yes depa 4 sekawan pi main mesin kuda, masuk kedai nomo eko tu mcm masuk kedai runcit

tp kalo nampak fomfuan seksi sked, tak pakai tudung, hat geng itu la yg mulut menjejeh menghencap bagai, mcm kaki sebelah dah masuk syorga... padahal bagi anak bini makan duit loteri la duit judi laaa.....

kowserrrrr
Quote chiyoasuka 1-8-2023 07:24 AM
buang duit buang masa main spin2 ni.
Quote ntahapapantah 1-8-2023 08:52 AM
Siapa Raja "SPIN" di Malaysia, yang kata "Sudagha, sudagha, Hari ni kita menang, esok minyak turun."
Quote copy_paste 1-8-2023 08:56 AM
sbb tu la aku x berani main,takut ketagih mcm dia
Quote ezacbee 1-8-2023 08:58 AM
Aku baca hangus 300 je.. rupanya 300k. Gila la bro..
Quote totokreturn. 1-8-2023 09:01 AM
ramai kena kelentong dgn content creator tiktok ni, termasuk la aku, mula2 dia buat video kat tiktok dok kutip kotak la, jual air balang la, lepas tu dok citer pasal main judi la bagai. Memang la bagus dia nak buat awarness, tapi bila lama2 rasa meluat pun ada juga, dok tunjuk duit berkepuk2 pulak, keta itu keta ini, last-last sebenarnya keja dia nak bagi naik follower kat tiktok dia je
Quote sangbara2020 1-8-2023 09:23 AM
pada aku la kan..pada aku la
kalau org miskin ni...dia xde duit nk hdupkan data nset apatah lg nk beli hset
kat kaw umah iolls ramai je ms pkp n lepas ry rtu nk jual rete benda,hset bagai...
sbb xde duit...xde sibuk2 nk main tiktok jadah apa segala..sbb tu aku xske video2 tiktok ke insta bagai yg mtk simpati ni...
Quote mojarean_X 3-8-2023 10:28 PM
Judi tu haram.........
Quote green~tea 3-8-2023 10:42 PM
Muka bodoh camni bleh simpan 300k? No wonder lah melayang.. entah2 duit source tak berapa betul

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.295311 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top