CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Letih Sangat Urus Majlis Kahwin, Wanita Diceraikan Dalam Masa 24 Jam Gara-Gara Tolak Hubungan Seks Pada Malam Pertama

7-7-2023 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1296| Komen: 6

LONDON –  Seorang wanita mendedahkan dia diceraikan suami dalam masa kurang 24 jam selepas mereka berkahwin gara-gara dia menolak melakukan hubungan intim.

Wanita  dikenali sebagai Rachel itu berkongsi  kisahnya dalam  program podcast Britain, Hot Nights bersama juruhebah Abbie Chatfield.


Menurut Rachel, dia menganggap kejadian itu sebagai pengalaman terburuk dalam hidupnya.


Foto: Getty Images

“Pada malam perkahwinan, kami keluar berjalan-jalan dan selepas pulang ke hotel, saya menolak ajakannya untuk berhubungan intim,” katanya seperti dipetik laman berita LADBible.

Menurut Rachel, dia berasa letih kerana sibuk menguruskan hal perkahwinan mereka sebelum itu.

Namun, malang buat wanita itu apabila keesokan harinya, suaminya menyuarakan hasrat untuk menceraikannya.

Rachel berkata, meskipun kecewa, dia tetap bersyukur kerana ‘terlepas’ daripada lelaki yang menunjukkan tanda-tanda amaran (red flag) sikap buruk pada awal perkahwinan.


Kisah dikongsikan Rachel mendapat perhatian ramai pendengar yang turut memberikan pendapat mereka.

“Lelaki itu sangat mengerikan dan menjijikkan,” kata seorang pendengar. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 7-7-2023 10:36 AM
Sex is Cinta
No Sex No Love




Quote tumpanglalu74 7-7-2023 01:50 PM
plywood replied at 7-7-2023 10:36 AM
Sex is Cinta
No Sex No Love

Lattew......  Mana ade kucen tolak lauk ikan.
Quote grouper 7-7-2023 02:41 PM
Dah kenapa ko nak kawin ngan org macam tu...kawin paksa ke apa
Quote tumpanglalu74 7-7-2023 02:57 PM
plywood replied at 7-7-2023 10:36 AM
Sex is Cinta
No Sex No Love
Cinte itu dalam hati.  

Pegi la ko wat complete kamasutra pon dengan orang yang ko tak berape sayang.. yang dalam hati itu tetap bertakhte.  

Dah kasi hati kalu memang bahaye.  Ape sangat la body..  Takat wat circus je.
Quote brego 7-7-2023 05:30 PM
Edited by brego at 7-7-2023 05:31 PM
Rachel berkata, meskipun kecewa, dia tetap bersyukur kerana ‘terlepas’ daripada lelaki yang menunjukkan tanda-tanda amaran (red flag) sikap buruk pada awal perkahwinan.

iyo lah tu. konfem sebelum kawen banyak red flag juga
tapi tetap mau proceed
mau rase big wedding, like a pwincess

lepas kawen, dia jugok yang asik komplen
macam acik2 di msia yg asal kan berlaki

Quote brego 7-7-2023 05:32 PM
tumpanglalu74 replied at 7-7-2023 01:50 PM
Lattew......  Mana ade kucen tolak lauk ikan.

ada, kuceng vegan

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.182251 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top