CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Berang Bakar Isteri Sampai Mati Gara-Gara Tolak Ajakan Seks Ketika Sedang Lipat Baju

7-7-2023 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1280| Komen: 7

Seorang lelaki berusia 40 tahun bernama Paris tergamak  membakar isterinya, Leni sehingga mati, gara-gara wanita itu enggan memenuhi kemahuannya untuk melakukan hubungan seks.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Batanghari AKP Piet Yardi berkata, kejadian berlaku pada 13 Jun di dan mangsa dikejarkan ke Hospital Muara untuk mendapatkan rawatan.


Detik Sumut melaporkan, disebabkan keadaan badan yang melecur 95 peratus, mangsa tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia pada 1 Julai lalu.

Gambar Hiasan

Jelasnya, kejadian bermula ketika mangsa sedang melipat pakaian di rumah mereka sebelum Paris mengajak isterinya untuk melakukan hubungan seks. 

Namun pelawaan itu ditolak isterinya membuatkan pelaku berang.

"Kejadian tersebut berlaku pada 13 Jun, lebih kurang jam 9 pagi di bilik Mes Pekerja PT CCM. Ketika itu, Paris mengajak mangsa melakukan hubungan seksual. Namun mangsa enggan.


“Dalam keadaan marah, pelaku membawa jerigen petrol ke rumahnya. Pelaku kemudian menyimbah petrol ke badan isterinya yang diikuti dengan menyalakan mancis,” katanya.

Selepas membakar isterinya, mangsa segera dikejarkan ke Hospital Muara Bulian. Pelaku telah meminta bantuan daripada jiran, sambil memberi alasan bahawa isterinya telah terjatuh ke dalam bekas berisi petrol lalu terbakar.

"Ketika memberi bantuan kepada mangsa dan membawanya ke hospital, jirannya mencari maklumat mengenai kejadian berkenaan, lalu kemudiannya melaporkan kepada pihak polis," katanya sambil memberitahu, pelaku mungkin dikenakan hukuman penjara 15 tahun. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 7-7-2023 01:51 PM
Cerite sama dengan tajok sebelah..  Kelempok lattew....
Quote chiyoasuka 1-8-2023 07:29 AM
adehhhhh
Quote tikusmontok 1-8-2023 07:55 AM
Nama paris, muka batak indon
Quote sagiman91 1-8-2023 08:35 AM
i mean... yeah, not trying to defend suami dia. tapi kan, org laki kalau mmg dah nak seks sgt2, tolong lah jgn tolak. tak lama pun 2, 3 menet siap lah. cuma nak kasi air keluar je. yg jadi malas ni mgkn sbb malas nak mandi wajip lepas dari tuh.

yer mmg komen ni akan mengundang kecaman dari feminist2 semua. percayalah, lelaki ni wired differently dari perempuan. dah betul dan laki dia mintak kat bini dia. tapi kalau selalu mintak mcm pengemis, laki pun hangin. yer mmg laki dia tetap bersalah. tapi berapa ramai lelaki yang pendam perasaan bila ditolak berkali2.

laki atau suami mana ada nak luah kat medsos benda2 mcm ni. kalau luah, sah2 kata laki tu lembik dan gila... lelaki pun kadang2 ada hati tisu jgk... rejection berkali2 akan membuatkan laki tu rasa tak berguna.

kesimpulan... laki dia tetap salah... lelaki akan tetap jadi bersalah...

(tgu komen dan kencaman dari perampuan tulen)
Quote fazzrules 1-8-2023 08:56 AM
Samsol debat pernah ulas benda ni..laki mintak smp cam pengemis istilahnya..cuma dlm isu ni laki ni mmg salah lah sampai menyebabkan kecederaan..
Quote sangbara2020 1-8-2023 10:48 AM
kalau ikut ayat lelaki 9 akal 1 nafsu
ompompuan 9 nafsu 1 akal
tp bila bab ngesek ni np lelaki jd xberakal?
ompompuan boleh kawal je...wpon seminit xjd apa pun...buat penat berbogel..
Quote bbi25 1-8-2023 02:26 PM
Saya amat mengesyorkan berdagang dengan AMarkets kerana pengalaman itu extremely gratifying

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.042088 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top