Kilafairy memuat naik sebuah video yang kenangan bersama arwah ibunya, Rohana Jalil. Dalam rakaman tersebut Kila dilihat memberi seutas gelang emas kepada ibunya sebagai hadiah.
Namun, apa yang menyayat hati, Kila meletakkan emoji hati berkecai pada video tersebut sebagai kapsyen. Malah, pada hantaran lain, Kila berkongsi foto tangannya yang kini pula memakai gelang emas pemberiannya kepada arwah ibu.
Kapsyen emoji yang sebelum ini menunjukkan hati berkecai menjadi hati yang telah dirawat. Terdahulu, Rohana Jalil dilaporkan kritikal di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia akibat kebocoran pada usus perut. Rohana Jalil atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil dimaklumkan telah kembali kerahmatullah pada 21 Jun lalu kira-kira jam 11.33 malam di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya. -CARI Sumber: XTRA
|
ADVERTISEMENT