Gara-gara seorang penumpang wanita tiba-tiba menjerit di dalam ruangan kabin, penerbangan sebuah pesawat dari Texas ke Florida tergendala tiga jam. Menerusi video tular, wanita itu kelihatan cemas dan hampir menangis ketika berdiri di laluan tengah antara kerusi dalam pesawat berkenaan.
Menurut wanita itu, dia mahu menarik diri daripada penerbangan berkenaan kerana wujud penumpang yang didakwa bukan manusia sebenar. Malah, para penumpang yang lain turut berpaling ketika wanita itu menghalakan tangannya ke arah belakang pesawat. Namun, beberapa penumpang lain dilihat tidak menghiraukan aksi wanita berkenaan. Menurut pemilik video, semua penumpang diarah keluar sebelum mereka berlepas semula tiga jam kemudian. Malah, wanita yang mengamuk itu juga tidak ditahan memandangkan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan dan hanya mahu menarik diri daripada penerbangan sebelum pesawat berlepas. - CARI
Sumber: mStar/KLAQ.Com.
|
otai_g replied at 7-7-2023 11:18 AM
Aik da masuk kapal blh tarik diri balik Ke? Kan tiket semua dah cop
uda replied at 7-7-2023 11:23 AM
Selalu dalam movie dan kdram-boleh je hero/heroin keluar drp plane
noor2 replied at 7-7-2023 11:59 AM
Bipolar disorder la ni
Bipolajourney replied at 7-7-2023 04:02 AM
Dia nampak apa yang orang lain tak nampak dan itu dipanggil halusinasi. Yang nampak kesalahan tapi ...
Bipolajourney replied at 7-7-2023 12:02 PM
Dia nampak apa yang orang lain tak nampak dan itu dipanggil halusinasi. Yang nampak kesalahan tapi ...
BumpIQ replied at 7-7-2023 12:51 PM
MACAM KAU LA TU KAN WAKAKAKAKAKA
HALUSINASI KENA SONTOT2 DEPAN REBAN AYAM CANNIBALISM YANG KAU SA ...
noor2 replied at 7-7-2023 01:56 PM
Sentap betul beliau bila sebut bipolar disorder....
Kitty_catz replied at 7-7-2023 02:27 PM
ayoyooo baru nak sebut sbb tak makan ubat
tacooddddd
ADVERTISEMENT