Keluarga mangsa yang maut dalam kemalangan lif di Sekolah Islam Integrasi Az Zahra Bandar Lampung, Indonesia masih tidak dapat menerima kejadian itu. Menurut Nani, suaminya Ahmad Burhan merupakan salah seorang daripada tujuh pekerja yang maut dalam kemalangan gara-gara sebuah lif terjatuh di sekolah itu pada Rabu.
Cerita Nani, arwah suaminya keluar bekerja seperti biasa pada pagi Rabu dan dia hanya mengetahui tentang kejadian itu pada waktu malam. Lebih memilukan, dia hanya mengetahui tentang kemalangan itu sebaik jenazah suaminya tiba di rumah mereka. "Rabu malam baru tahu, jenazah suami tiba di rumah," kata Nani ketika ditemui pada Khamis. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Lampung, Pesuruhjaya Kanan (Kombes) Ino Harianto berkata, pihaknya sudah memberikan pampasan kepada mangsa. Ino mengesahkan bahawa polis akan menyiasat kemalangan itu. -CARI
Sumber: mStar/ Kompas.
|
ADVERTISEMENT