Pernah terpalit dengan kontroversi menjadi 'orang ketiga' hingga menimbulkan kekecohan, pelakon Sophia Albarakbah sedar sebagai selebriti, dia tidak boleh lari daripada kontroversi, malah mengakui tidak kisah seandainya ada yang berpendapat namanya dipilih sehingga layak ke kelompok Top 5 disebabkan kontroversi.
Pun begitu, wanita berusia 30 tahun ini tidak mahu hanya dipandang disebabkan kontroversi, sebaliknya Sophia mahu peminat mengenalinya disebabkan hasil kerja seninya. "Saya gembira kerana peminat menyokong dan menghargai saya. Sesungguhnya, saya tidak meletakkan apa-apa harapan. "Tetapi, apabila dimaklumkan nama saya berjaya melangkah ke Top 5 di samping nama hebat lain, tentunya saya amat terkejut. "Saya berterima kasih kepada peminat yang bersusah payah mengundi, ini bermakna bakat dan hasil seni saya diiktiraf," katanya kepada BH Online.
Bagi Sophia, menang atau kalah itu tidak penting. Berada dalam kelompok Top 5 seiring dengan nama hebat lain pun sudah cukup bernilai buatnya. "Saya akan terus memberikan hasil lakonan terbaik buat peminat. "Dari segi strategi, saya tiada sebarang strategi, lagipun kini sedang sibuk dengan penggambaran di Jepun untuk drama bersiri, From Saga With Love terbitan Viu," katanya yang berjaya membolosi kategori Aktres Filem Wanita Popular dan BBNU Wanita Popular. Sumber: BH Online |
Manusiabesa replied at 6-7-2023 10:57 PM
Bukan sbb bakat.tp sopiah ni sbb cun.nk dduk lama2 dpn camera..audience nk tgok yg lawa2 la..klw rup ...
miss_strangers replied at 6-7-2023 10:59 PM
Sbb ko cantik n gebu gebas peah ....xkan org nk tengok heroin kepam cam anak tina kazar
heythere123 replied at 6-7-2023 11:07 PM
HD tu dah la lawa, pandai berlakon pulak. Lurve sangat tengok sheols berlakon
Manusiabesa replied at 6-7-2023 11:14 PM
Tula.xjemu tgok.body lawa, nenen pun bntuk elok, mmg masuk size dia dgn body. Tulang bahu pun kema ...
naina replied at 7-7-2023 09:53 AM
Cantik2 cmni rugilah kalau xdpat job
Aku yang perempuan pun suka tengok muka dan body figure dia
Cun ...
naina replied at 7-7-2023 09:53 AM
Cantik2 cmni rugilah kalau xdpat job
Aku yang perempuan pun suka tengok muka dan body figure dia
Cun ...
ADVERTISEMENT