CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah Terbiar Jadi 'Transit' Warga Myanmar Mahu Ke Malaysia

6-7-2023 10:30 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 274| Komen: 2

Songkhla: Dua puluh pendatang tanpa izin (Pati) dari Myanmar yang mencari pekerjaan di Malaysia ditangkap di sebuah rumah terbiar di Sadao, selatan Thailand.

Bangkok Post melaporkan, serbuan dijalankan imigresen dan polis pada Selasa bagi menyekat perjalanan Pati itu yang mahu ke Malaysia.


Ketika serbuan, 20 individu dewasa terdiri daripada 16 lelaki dan empat wanita, berumur 19 hingga 26 tahun berada di dalam rumah itu.

RUMAH terbiar yang dijadikan tempat tinggal sementara Pati berkenaan. FOTO Bangkok Post

Hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka adalah warga Myanmar dan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Ketika ditahan, Pati itu tinggal dalam kumpulan dengan masing-masing setiap satu antara tiga hingga empat individu dan berada di sudut yang berbeza dalam rumah itu.


Mereka memakai reben berwarna di pergelangan tangan bagi menunjukkan tempat asal.

Pati itu, melalui jurubahasa, memberitahu polis bahawa mereka sudah ke merata-rata tempat di bandar Myanmar, untuk mencari pekerjaan di Malaysia.

Mereka dipercayai memasuki Thailand menggunakan laluan di sempadan di Prachuap Khiri Khan.

Difahamkan, ejen yang membawa masuk Pati itu menyediakan trak pikap untuk membawa mereka ke Padang Besar di Sadao dekat sempadan Malaysia-Thailand.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 6-7-2023 10:33 PM
Kes semacam ini semakin besar ya! Seumpama wabak yg tiada kesudahan!
Quote CiliPadiSedap 6-7-2023 10:42 PM
Zazama: Kes semacam ini semakin besar  ...


Pasar borong selayang dh jd daerah rohingya

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.223977 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top