CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Mahu Kedengaran Seperti Ustaz, Tapi Saya Sedaya Upaya Akan Mengutamakan Solat,"Alif Satar

6-7-2023 07:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1171| Komen: 13

Alif Satar mengaku tidak mudah bersiap di awal pagi untuk ke sebuah acara kemudian berkejar ke program lain.

Ditambah lagi jika terlibat dengan penggambaran berjam-jam lamanya. Sesibuk apapun, bagi Alif solat adalah kunci kekuatan sehariannya.


Foto: IG

“Saya tidak mahu kedengaran seperti ustaz, tapi saya sedaya upaya akan mengutamakan solat. Saya perasan jika kita solat di awal waktu, Allah akan mudahkan.

“Kita jagalah solat. Mungkin kalau tak solat kita akan rasa penat. Mungkin kalau tak solat kita rasa makin tak cukup masa.

“Saya tak sempurna, Allah tutup aib agar orang tak nampak keburukan saya,” katanya kepada Utusan Malaysia. 



Selain itu, pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu Ke-37 ini sudah membangun prinsip, ada etika yang tidak boleh diruntuhkannya atas nama kerjaya dan populariti.

“Saya tak akan buat apa-apa yang melanggar prinsip saya. Contohnya lakonan, ada batas dan sensitiviti yang kita kena jaga.



“Walaupun ada yang mahu sekadar bekerja tanpa dilihat oleh masyarakat. Tapi ketahuilah menjadi seorang figura tetap akan diperhatikan.


“Ingatlah ada kanak-kanak di luar sana yang sedang memandang kita sebagai contoh. Oleh itu, kita kena tunjukkan tauladan yang baik,” katanya menutup temu ramah. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 6-7-2023 07:32 PM
tak perlu jadi ustaz untuk solat di awal waktu
Quote bottompro 6-7-2023 08:11 PM
Bosan la. Skala menguap dh alif satey ni.
Quote imanda 6-7-2023 10:55 PM
emmmmmmmmmmmmmmm
Quote miss_strangers 6-7-2023 11:02 PM
Ok ..so pasni kl dpt watak hero drama , heroin peah barkoba...ko terima x?
Quote heythere123 6-7-2023 11:05 PM
miss_strangers replied at 6-7-2023 11:02 PM
Ok ..so pasni kl dpt watak hero drama , heroin peah barkoba...ko terima x?

heols berlakon Pulau so chuols rasa
Quote matjerk 6-7-2023 11:07 PM
Solat tu adalah rukun islam.... org yg mengaku islam.. wajib solat. X kira dia ustaz atau bukan ustaz
Quote SANKURIANG 7-7-2023 07:23 AM
Poyo aja dia ni……bakal bungkus la, kalau poyo sangat.
Quote rosedemon 7-7-2023 09:25 AM
sukati engkooooooooooooooooooooooooooooooo
Quote I.K.A888990 7-7-2023 09:57 AM
byk nau kisah dia lately
apa2 pn semoga kita semua jaga solat
Quote sr10 7-7-2023 10:01 AM
Ntah kenapa aku rasa dia ni poyo sangat. Perasan bagus. Ramai lagi artis yg baik2 tp tak show off pun. Benda basic pun ko langgar pakai seluaq ketat tersembol nampak body, atas Paras lutut. Tiada alasan sebab sukan ok nak terbuka semua tu, poyo lebih. Aku klu dia berlakon turn off teruih. Over and tak indah pada pandangan ku
Quote cap_ayam 7-7-2023 11:34 AM
Alhamdulillah.
Quote hyie 7-7-2023 11:51 AM
betullah apa heols cakap tu. Solat di awal waktu paling afdal. Nape acik2 sakit hati pula? Tak faham. Heols sekadar berkongsi pendapat aje, bukan humblebrag etc. Lagipun heols bukan sejenis tin kosong iya.
Quote sleepandream 7-7-2023 02:33 PM
org cakap pasal solat pun kene cerca yach....
adakah acik2 disini seperti tergigit cili?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.039953 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top