JAKARTA – Seorang jemaah haji wanita dari Makassar, Sulawesi Selatan bernama Ummi nekad memakai 15 lapis pakaian ketika hendak pulang ke Indonesia. Kompas melaporkan wanita berkenaan memakai lima lapis seluar supaya kapasiti bagasinya tidak berlebihan.
Video itu tersebar di media sosial khususnya dalam kumpulan perbualan WhatsApp dan TikTok. Dalam video tersebut, Ummi mengaku dia berbuat demikian demi membawa pulang cederahati pakaian dari Tanah Suci untuk keluarganya. “Biarlah saya sengsara begini (berlapis-lapis) yang penting orang di rumah suka dapat cenderahati,” katanya. Video itu dirakam ketika Ummi masih berada di Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz, Jeddah dan bersiap untuk pulang ke Indonesia. Kelihatan dua orang rakannya dari kumpulan pertama jemaah haji Indonesia sedang mengira pakaian yang dipakai Ummi sambil ketawa. –CARI
Sumber: Kosmo
|
batu kikir replied at 6-7-2023 10:26 PM
Panas oooo
Tak rimas ke........flight mahu dekat 10 jam.
Gila.
tompie replied at 7-7-2023 09:02 AM
Dah lepas check tu bukak ahhh.. masuk dlm beg spare... hahahaha
Biasa kalau nak naik flight aku m ...
batu kikir replied at 7-7-2023 03:31 PM
I got your point.
Dah biasa buat ker??
Jangan marah.....tanya je
ADVERTISEMENT