CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pura-Pura Tidur Dalam Surau, Dah Line Clear Selamba Angkut Tabung Terus Bawa Lari

6-7-2023 07:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 530| Komen: 2

JAKARTA, Indonesia  –  Seorang lelaki kantoi mencuri tabung wang sumbangan amal sebuah surau di Jalan Kebon Kelapa, Jakarta Barat.

Okezone melaporkan, dalam rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), seorang lelaki yang memakai sweater berwarna oren dan membawa beg hitam dilihat membuka pintu pagar surau lalu masuk ke bahagian dalam.


Sambil meninjau keadaan sekeliling, dia duduk sebentar di pekarangan surau sebelum berpura-pura tidur dan mengalas kepala menggunakan beg.

Foto: IG

Beberapa minit kemudian, pelaku bangun lalu menuju ke arah tabung sumbangan amal yang terletak di bahagian luar surau.

Selepas memastikan keadaan benar-benar selamat, lelaki tersebut mengangkat kotak wang itu lalu melarikan diri.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Daerah Kalideres, Asisten Komisioner Polis Haryaman ketika dihubungi menerusi pesanan ringkas berkata, pihaknya masih belum menerima laporan mengenai kejadian tersebut.


“Kami akan memeriksa lokasi kejadian,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 7-7-2023 09:12 AM
hahahahahahhahahahhahahahhahahahahhahaha yindon lagiii
Quote mdhelmi 7-7-2023 10:54 AM
angkat tabung terus
kalau kat surau aku dulu diorang guna pembaris panjang
hujungnya tampal double side tape

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.277841 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top