CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nama Bayi Paling Popular 2023, Muhammad Dan Lily

6-7-2023 06:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 798| Komen: 2

LONDON – Lily muncul nama bayi perempuan paling popular bagi tahun 2023 dengan Muhammad mengekalkan kedudukan di tempat pertama untuk kategori bayi lelaki.

Metro UK melaporkan senarai tahunan dikeluarkan laman kehamilan, kelahiran dan keibubapaan Britain, BabyCentre  itu turut mendapati nama-nama seperti Amelia, Freya dan Aria kini  semakin popular.


Gambar Hiasan: SLR Lounge

Sementara itu, Layla, Maryam, Evelyn dan Aurora turut mencatatkan peningkatan besar dalam populariti kategori nama bayi perempuan.

Selain Lily, nama  Sophia berada di tempat kedua, diikuti oleh Olivia, Amelia, Freya, Aria, Ava, Isabella, Isla dan Mila dalam senarai 10 teratas.

Nama baharu yang memasuki senarai 100 nama bayi perempuan popular ialah Ayzal, Sarah, Lyra, Delilah, Hazel, Riley, Clara, Niamh, Ariella, Ophelia, Zahra, Athena, Cora dan Amelie.

Sementara itu, bagi bayi lelaki, senarai lima teratas tidak berubah seperti tahun lepas iaitu Muhammad, Noah, Theo, Leo dan Oliver yang kekal nama paling popular.

Nama baharu yang memasuki senarai bagi kategori bayi lelaki ialah Ahmed, Mateo, Musa, Sam, Austin, Cody, Hamza, Frankie, Harvey, Felix, John, Eddie, Elias, Jake dan Junior. – CARI

Sumber: Kosmo

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 7-7-2023 09:11 AM
gambungkan jela muhamad lily kihkih
Quote FOTHER-MUCKER 7-7-2023 09:49 AM
Yang bernama Muhammad di uk ni ramai dari Africa. Jika lelaki Somali ada 10 orang maka 11 orang yang bernama Muhammad.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.246403 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top