CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Model A, Kereta Terbang Lebih Selamat Dari Helikopter Dan Kapal Terbang Berharga RM1.4 Juta

6-7-2023 06:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 552| Komen: 4

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) memberi Alef Aeronautics, syarikat berpangkalan di California pensijilan terhad untuk menguji kereta terbang buatannya iaitu Model A.

"Sebelum Henry Ford, ramai cuba menghasilkan kereta terbang, betul, dan mereka memerlukan pensijilan.

"Ini kereta tradisional yang kelihatan seperti kereta tradisional, boleh dipandu dan diparkir, namun boleh bergerak secara menegak," kata Ketua Pegawai Operasi Alef Aeornautics, Jim Dukhovny kepada Reuters.


Alef Aeronautics

Dukhovny berkata, dengan pensijilan itu, "ia bermakna kereta terbang dalam erti kata tradisional kini diiktiraf sekurang-kurangnya oleh satu kerajaan."

Disebabkan isu undang-undang, syarikat itu hanya dapat menunjukkan imej Model A serta video olahan.

Kini, dengan pensijilan terhad, syarikat itu akhirnya boleh menunjukkan kepada dunia sebuah kereta terbang.


"Kami sebenarnya merancang demonstrasi awam (untuk) media tidak lama lagi dan kami sebenarnya akan memaparkan cara ia berfungsi.

"Sebelum menerima anugerah khas berasaskan pensijilan rasmi dan pensijilan daripada FAA, kami tidak dapat melakukan pameran atau video dalam tempat yang diperlukan untuk mempersembahkan cara yang kami mahukan kepada orang ramai," kata Dukhovny.

Menurut Dukhovny, walaupun kenderaan itu mempunyai keupayaan untuk terbang, ia masih mengambil masa yang lama untuk melihatnya digunakan oleh orang ramai, terutamanya mengambil kira peraturan lalu lintas.

"Akan ada tempat kamu dibenarkan berlepas dan sebaliknya..." katanya.

Walaupun terdapat banyak percubaan untuk membuat kereta terbang, Dukhovny percaya pendekatannya terhadap keselamatan yang membolehkan pihaknya menerima pensijilan terhad daripada FAA AS.

Dalam pada itu, beliau berkata, orang ramai boleh menjangkakan kereta terbang itu akan dapat dibeli menjelang akhir 2025 dengan harga AS$300,000 (kira-kira RM1.4 juta).

"Kami cuba menjadikannya lebih selamat daripada mana-mana helikopter atau kapal terbang yang terbang hari ini. Lebih selamat," katanya.


SUmber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 6-7-2023 10:12 PM
Tapi sapa nak jadik air traffic controller?
Quote ninja boy 6-7-2023 10:19 PM
Negara selatan mesti 1st buy
Quote sayurmayur88 7-7-2023 08:24 AM
waahhh.. futuristik !!
Quote Simunggu 7-7-2023 08:56 AM
undang undang kita belum bersedia utk teknologi mcm ini, contohnya kereta yg boleh pandu sendiri auto drive, apa peruntukan dalam undang undang?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.043532 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top