CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dulu Nampak Tulang, Sekarang Yasin Dah Berisi - Abang

6-7-2023 06:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1029| Komen: 5

Abang kepada Yasin Sulaiman iaitu Zain Sulaiman, 51, memaklumkan tahap kesihatan penyanyi nasyid dan komposer itu bertambah baik berbanding dua bulan lalu dan semakin berisi selepas menerima rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan, Perak selama dua bulan.


"Dulu, berat badan dia hanya 48 kilogram, sampai nampak tulang tapi sekarang dia semakin baik, bertambah berat malah kami sekeluarga tengok kesihatannya semakin pulih.


Zain - Sinar Harian

“Alhamdulillah, setelah dirujuk ke hospital itu dan dibekalkan beberapa jenis ubat, dia kelihatan memberangsangkan, itu yang penting untuk keluarga,” katanya selepas prosiding kes dadah yang dihadapi Yasin di Mahkamah Sesyen, di sini pada Khamis.

Dalam prosiding 8 Mei lalu, Hakim, Nik Nasimah Nik Mohammad memerintah penyanyi yang popular dengan lagu 'Mimpi Laila' itu dihantar ke hospital bahagia selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan tertuduh mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.


Pada 6 Julai tahun lalu, Muhammad Yasin, 48, bernasib baik apabila tidak berdepan peruntukan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram.

Ia selepas pendakwaan memaklumkan pertuduhan mengedar dadah ditarik balik dan penyanyi ini dituduh semula atas pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini jam 5.30 petang pada 24 Mac 2022 dan dituduh mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.

Sementara itu, bagi satu lagi pertuduhan, Muhammad Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperoleh secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.


mStar

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama kanun keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Muhammad Yasin turut didakwa atas satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah iaitu memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, jam 11.05 malam pada tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulanbulat 6-7-2023 10:23 PM
So berkesan ke tak ubat hospital?
Quote Lampuled 6-7-2023 11:09 PM
Untung dia ada family yg supportive.
Quote silampumeja 6-7-2023 11:49 PM
Dah nmpak berisi balik. Baguslah
Quote beautifulorchid 7-7-2023 09:41 AM
dia hypertyroidkan? mmg la kurus.. akak dulu pun hypertyroid kurus.... sampai nampak tulang
Quote AnnaSendin 7-7-2023 10:07 AM
bulanbulat replied at 6-7-2023 10:23 PM
So berkesan ke tak ubat hospital?

Hari tuew dengar makin terok. Tataulah.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.036409 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top