Personaliti media sosial, Azlee Abd Aziz atau Boss Kay yang terpalit kontroversi gara-gara menceraikan isteri keduanya menerusi siaran langsung di TikTok sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas tular satu video yang dimuat naik oleh bekas isteri pertamanya yang dikenali sebagai Nooraini Noni.
Menerusi video dimuat naik wanita tersebut pada Rabu malam, kelihatan anak lelakinya menangis sambil memegang telefon bimbit dan berkali-kali mencuba menghubungi bapanya dipercayai kerana merindui Boss Kay. Turut kedengaran di dalam video berkenaan, Nooraini menjelaskan kepada anaknya mengapa talian si bapa gagal dihubungi. "Nak cuba macam mana lagi? Dah kena block... abang faham tak block tu? Abang WhatsApp pun papa takkan baca... tahu tak? "Faham tak block tu apa? Abang nampak gambar (profil WhatsApp). Dah la, papa dah tak nak abang sudahlah," demikian kata wanita tersebut di dalam video.
Difahamkan, kanak-kanak lelaki itu adalah anak sulung pasangan berkenaan. Di dalam video yang sama, Nooraini turut menunjukkan anak keduanya yang bernama Anzalna, kerap mengalami demam didakwa kerana merindui bapa mereka. Ujarnya lagi, perkongsian berkenaan bukanlah untuk meraih simpati namun dia terpaksa berbuat demikian selepas semua usaha untuk menemukan anak-anak dengan bekas suaminya menemui kegagalan. "Inilah akibat kekejaman seorang bapa. Terima kasih yang tidak terhingga buat si bapa mithali. Jawablah di akhirat sana atas penyiksaan jiwa anak-anak yang tidak berdosa ini," tulisnya lagi pada ruangan kapsyen. Sementara itu menerusi ruangan komen pula, netizen memberikan reaksi yang pelbagai dengan rata-ratanya melahirkan rasa simpati terhadap wanita berkenaan dan anak-anaknya. "Ya Allah, saya pun ikut menangis sekali. Saya doakan mama dan adik kuat dan tabah. "Suami isteri berpisah tu kisah yang lain tapi anak-anak tu tanggungjawab dan amanah Allah. "Dik, kuat ya dan pimpin tangan mama ya,"demikian antara komen netizen. Boss Kay sebelum ini juga pernah terpalit dengan kontroversi gara-gara dituduh tidak bertanggungjawab kerana enggan mengazankan dan mendaftarkan nama anak keduanya yang baru lahir, hasil perkahwinan dengan isteri kedua, Norsufia Johari atau Cik Pia. Untuk rekod, Boss Kay sudah mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dengan pelakon, Tash Yong, pada 8 April lalu. Sumber: mStar
|
bulanbulat: Mak guna anak untuk balas saki ...
mummydarling replied at 7-7-2023 11:24 AM
tashhh ok ke tu.. next royanan.... pelik ngan sahabat2 die yg sokong kaw2 ni..
Lampuled replied at 6-7-2023 03:39 PM
Kalau mcm ni anak tak boleh saman bapak ke?laki cmni patut di blacklist drp kawin baru. Jabatan keba ...
acikrengsa replied at 7-7-2023 11:42 AM
geng2 diorg semua pecaya dakyah mulut manis dia. kalau tgk dkt tiktok mmg bosskay ni mulut manis h ...
ADVERTISEMENT