Rumah Putih berusaha untuk mengawal kisah luar biasa apabila terbongkar butiran mengenai penemuan dadah di salah satu bangunan yang dikawal dengan sangat teliti di dunia itu, Ahad lalu. Bagaimanapun, kokain itu ditemui di kawasan yang kerap digunakan pelawat, bukan ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan keluarganya menetap di Rumah Putih berkenaan.
Laporan awal menyatakan penemuan serbuk putih itu mencetuskan kebimbangan di bangunan berkenaan dan mencetuskan tindakan pengosongan untuk seketika. Ia memandangkan serbuk tidak dikenal pasti sama ada ditemukan semasa carian atau diterima dalam mel di Rumah Putih dianggap sebagai potensi serangan kimia. Pada Rabu, Perkhidmatan Rahsia AS, yang melindungi rumah agam presiden itu mengesahkan bahawa bahan yang ditemukan adalah kokain dan siasatan sedang berjalan.
Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT