Seorang pemilik kucing yang terkejut kucing kesayangannya melahirkan anak kucing berkepala dua meraih perhatian warganet di TikTok. Menerusi perkongsian itu, Muzzz meluahkan rasa syukur kerana ibu kucing tersebut tidak memakan anaknya yang berkepala dua itu dan menyoroknya di tempat yang lebih selamat di dalam rumah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terkejut dengan kejadian yang dikongsikan oleh Muzzz. “Allahuakbar, indahnya ciptaan Tuhan, semoga ‘baby cat’ terus membesar dengan sihat,” komen MimiNorazmi. “Allah, comel sangat. Mesti mak dia ada termakan pisang kembar siam,” seloroh Syifa. “Rezeki kalau kucing itu hidup, biasa yang jenis macam ini susah hidup, kalau hidup memang betul-betul rezeki,” komen Tehoais Laici. Perkongsian tersebut menjadi tular di TikTok sehingga meraih 202,100 tontonan, 367 komen, 4,796 perkongsian. Sumber: KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT