PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak menangis teresak-esak selepas ibunya membawanya ke balai polis kerana dikatakan sering mengacau murid lain di sekolah. Tindakannya itu bukanlah untuk menghukum, tetapi sebagai pengajaran supaya anaknya tidak menganggu murid lain lagi.
“Upah sebab selalu kacau orang dekat sekolah. Umi bawa betul-betul pergi balai. “Umi dah stress dah. 100 kali minta maaf tak nak buat lagi. Tengok esok, kalau buat lagi kita hantar balik,” katanya menerusi ruangan kapsyen. Melalui video yang dikongsi ibunya @Wanyzahar88 di media sosial, anaknya yang bersekolah tadika itu menangis teresak-esak sambil mengangguk faham mendengar nasihat daripada polis tersebut.
“Jadi budak baik. Jangan pukul orang, berdosa nanti masuk neraka,” kata polis tersebut. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi dengan tindakan ibu kanak-kanak tersebut. “Kesian, tapi nak ajar mereka sebelum mereka pandai buli. Sebelum jadi bahaya. Itulah mak-mak yang runsing dengan anak-anak. Mencabar,” kata Qiqiatiqah. “Anak saya pernah kena ugut begini dia boleh jawab nak takut apa polis sama saja dengan pakcik dia. Aduhai nok jerik sero (aduhai nak menangis rasa),” ujar Nooradilla. -CARI Sumber: Kosmo
|
CiliPadiSedap replied at 6-7-2023 05:51 PM
kadang2 ibu cmni ibu tunggal. dia lah ayah dia lah ibu. dont judge a women because di sebalik kering ...
mawardia replied at 6-7-2023 06:52 PM
Betul. Kawan I single mom. Jaga anak lelaki sorang. Anak dia nakal sgt. Last2 she ols bwk pi balai ...
CiliPadiSedap replied at 6-7-2023 07:11 PM
Yup. Sebab tu ibu tunggal kdg2 kena jadi singa hantu ada masa jadi seorang ibu.. kena pula anak ad ...
CiliPadiSedap replied at 6-7-2023 07:11 PM
Yup. Sebab tu ibu tunggal kdg2 kena jadi singa hantu ada masa jadi seorang ibu.. kena pula anak ad ...
_kelly replied at 6-7-2023 07:33 PM
kaka try tengok kdrama the good bad mother
ibu tunggal jaga anak lumpuh..best citer tu
CiliPadiSedap replied at 6-7-2023 07:36 PM
Netflix?
Bagi kaka lah, kalau boleh malaysia ni ada peraturan nak nikah suami wajib carum insuran ...
_kelly replied at 6-7-2023 08:26 PM
ya kak, netflix
sedangkan wan jijah suggest carum kwsp 2% ke akaun bini pon orang bising..ni nak ...
haruslah replied at 6-7-2023 09:06 PM
Yg bising tu jantan2 jer
Pegang ayat, siap makan minum pakai tempat tinggal dah kira cukup nafkah
...
ADVERTISEMENT