CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jiran Jadi Saksi, Buka Kisah Di Sebalik Abang Cekik Adik " CCTV Asyik On-Off, Ada Sesuatu Yang 'Gantikan' Diri Dia"

6-7-2023 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5357| Komen: 86

Seorang abang tergamak meragut nyawa adik kandungnya dengan mencekiknya sehingga maut.

Bagaimanapun, insiden tragis di Bukit Piatu, Melaka yang berlaku pada Rabu itu dikatakan mempunyai kisah di sebaliknya.


Saksi di tempat kejadian yang juga jiran kepada keluarga mangsa, Qhurun Ain Johanie, 31, mendakwa suspek berdepan gangguan mistik sehingga memaksanya untuk bertindak sedemikian.

"Abang tu namanya Ridwan umur 14 tahun, dia anak sulung dari empat adik-beradik. Mangsa, Haziq dan dia merupakan anak ketiga. Ridwan ni sangat baik orangnya sebenarnya.

"Dia mendengar kata, penyayang dan selalu ada untuk jaga adik-adik dia. Cuma dari sebulan lalu, Ridwan ni mula berubah, pada masa-masa tertentu dia akan macam dirasuk, bukan sepanjang masa.

"Bila kerasukan ni dia akan hilang kawalan ke atas diri dia, mata akan jadi putih dan akan jadi agresif. Dia akan cuba mencekik dan menendang orang di sekeliling termasuk mak ayah dia.

"Ada sekali waktu Maghrib, Ridwan tiba-tiba lari keluar dari rumah tak tentu arah. Satu kampung pergi mencari dia sampai lewat malam. Perlukan 10 orang lelaki dewasa untuk kawal dia, badan Ridwan jadi berat, " cerita Qhurun.


Mengimbas semula kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, Qhurun berkata dia menerima panggilan telefon daripada jirannya (ibu bapa Ridwan) meminta dia untuk segera memeriksa rumah.

"Ibu mangsa ialah seorang jururawat di Hospital Melaka, dia dan suami ada pasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk pantau Ridwan ketika mereka keluar bekerja. Kalau nampak apa-apa jadi mereka akan terus minta jiran datang tengokkan.

"Tapi waktu hari kejadian, saya tak pasti anak yang mana satu main buka tutup CCTV tu. Jiran saya dah call anak dia suruh buka balik CCTV. Sekali buka balik CCTV nampak Haziq dah kena cekik dengan Ridwan.

"Dia terus call jiran-jiran termasuk saya untuk pergi tolong. Ini bukan kejadian pertama yang macam ni, jadi saya faham dan terus bergegas. Tapi bila kami masuk rumah, semuanya dah terlambat," kata Qhurun.

Menurut Qhurun, ketika dia tiba Haziq sudah terkulai layu dengan badannya bertukar biru.

"Waktu kami sampai tu, kami rasa Haziq mungkin dah sejam lebih tak bernyawa. Muka semua dah biru, kedua-dua tangan dia biru dan kaki dia terlipat. Dalam keadaannya macam tu, Ridwan masih ketat mencekik leher Haziq.

Foto: mStar

"Ridwan bukan diri dia waktu tu. Dia tak sedar pun. Kami cuba tarik dia ke tepi, tetapi kuat tenaga dia melawan. Nanti bila dah sedar, Ridwan tak akan ingat apa-apa pun yang berlaku. Ada sesuatu yang 'gantikan' diri dia.

"Sebelum kejadian, Ridwan dua minggu dah tak meracau tapi benda nak jadi kan. Waktu hari Ridwan dirasuk tu pula ibu dia terlepas pandang.

"Kami tetap panggil ambulans mungkin kalau Haziq masih boleh diselamatkan tapi memang Haziq dah tak ada," ujar Qhuruin yang remuk hatinya.

Mengulas lanjut mengenai episod hitam yang dilalui Ridwan, Qhurun berkata semuanya bermula daripada insiden buli di sekolah agamanya.

"Ridwan di sekolah kerap dibuli rakan-rakan. Mungkin dari situ dia trauma dan lemah semangat, jadi 'benda-benda' tu senang nak masuk. Di sekolah, Ridwan pernah meracau tapi tidak seteruk dirasuk seperti sejak kebelakangan ni.

"Cikgu minta Ridwan diambil pulang supaya boleh berubat. Ridwan pernah dihantar ke hospital juga tapi doktor pun tak boleh bantu banyak. Ibu bapa Ridwan pernah minta supaya dia ditahan di hospital untuk dirawat tapi tak dipersetujui.

"Selain hospital, Ridwan juga dibawa berikhtiar cara perubatan Islam. Dia sedang dalam proses untuk dipulihkan. Tapi tak sangka secepat ni keadaan akan bertukar buruk.

"Waktu cuti musim perayaan hari tu, Ridwan okay je dengan semua adik-beradik dia. Dia nampak gembira. Sekali tengok macam ni jadinya. Tolong jangan salahkan Ridwan, itu bukan diri dia," kata Qhurun memberi pencerahan.

Bapa Ridwan dan Haziq pada hari kejadian dikatakan berada di Terengganu untuk melawat rumah keluarganya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit pula mengatakan pihaknya sedang menyisat motif suspek melakukan perbuatan itu dan siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 6-7-2023 05:31 PM
Mesti nk salahkn jin ke?
Xhabis2 dgn benda mistik.
Quote Suchi 6-7-2023 05:48 PM
302 dik, tp sbb bawah umur paling berat pun kena penjara je hingga diampunkan tp kalau betul sbb mental tak stabil adik mungkin akan ditahan kat hospital bahagia laaa.

Muda lagi nih masalahnya masih kanak2 lagi.
Quote sufi^_^ 6-7-2023 05:52 PM
Semoga jiran dia si qhurun ni bersiap sedia nak jadi saksi bila kes dibicarakan sok.
Quote prettyuglybabe 6-7-2023 05:58 PM
mula dah buka buku mastika dia tu..
Quote sufi^_^ 6-7-2023 06:02 PM
Btw, tertuduh bawah umur, dah kenapa nak sebut nama dia wahai qhurun? Kau nak tumpang glemer ye? Wartawan pun sama tak reti undang2.

Pesalah kanak2, mangsa jenayah seksual bawah umur, semua ni memang identiti mereka akan dilindungi ye. Tak boleh sebarang2 nak sebarkan nama, gambor etc.

Sebab tu kalau perogol tu ahli keluarga, nama & muka perogol tidak didedahkan.

Semoga faham.

Quote dua_chzy 6-7-2023 06:13 PM
Oh.

Gitu boleh la kita kata remaja2 yang dok buat mass shooting kat US tu pun ada seswatuh merasuk diri mereka.

Kamon.
Quote monreyes 6-7-2023 06:26 PM
patut cekik pembuli2 tu semua
Quote dewimalam78 6-7-2023 06:27 PM
Kan diorg dh cakap…diorg dah hantar ke hospital, doktor tak boleh buat apa, suh cuba rawatan islam. Minta tahan di hospital, tak dibagi agaknya sb masa dtg tu mesti keadaan budak tu elok.
Quote hareeeesah 6-7-2023 07:02 PM
dewimalam78 replied at 6-7-2023 06:27 PM
Kan diorg dh cakap…diorg dah hantar ke hospital, doktor tak boleh buat apa, suh cuba rawatan islam. ...

Deme ni xbaca kot… dugaan masing-masing. Ni hari dia bahagian dia. Ghisau zaman skrg
Quote CoffeeOverdose 6-7-2023 07:11 PM
TBH, tkt budak tu ada ambik barang pun boleh jadi. Zmn skrg ni ramai remaja terjebak dgn dadah jenis mushroom. Mental health problem pun boleh jadi juga. Tp nak kata kena rasuk jin etc? Hurmm... jin/ hantu pun tk selamat dari fitnah zaman ni yer.
Quote Kakopi 6-7-2023 07:17 PM
cerita buli ni makin lama makin teruk.adik yang tak salah jadi mangsa.sedih betul baca cerita camni.
Quote menjad 6-7-2023 07:21 PM
Jin mana pulak merasuk. Skizo tuh dah berhalusinasi dah bayang bukan2. Heran pulak doc tak nak than kat spital. Bagi lah ubat sampai dah stabil baru bagi balik. Bahaya oiiiii org ada masalah mental. Nyawa kita mcm dihujung tanduk jer.
Quote testly 6-7-2023 07:22 PM
Dah tau anak mcm tu keadaannya, knp xde dewasa yg jg dia. Pi hospital jumpa dr biasa atau psikiatri. Klau psikiatri mesti dah dpt detect ada trauma ke apa. Yg ayah dia pun, bwk le anak2 tu pi ikut lawat rumah keluarga. Ni ditinggal je mcm tu, cctv tu bukan boleh buat apa pun klau tetiba jd mcm ni... Tahlah, dah jd asbab adiknya meninggal. Semoga lps ni keluarga ni lbh alert lah pd anak yg sakit tu...mental health atau kerasukan ke, cr jln utk bg rawatan yg terbaik...jumpa psikiatri bukan beerti gila...
Quote TomyamPuteh 6-7-2023 07:34 PM
Bestnya mak2 terpaling dlm ni memberikan komentar.
Quote CiliPadiSedap 6-7-2023 07:57 PM
kali ni kaka tak setuju dengan komen2 kat atas.

benda alam ghaib betul, benda sakit mental betul. dalam cariforum sendiri ada bukti nyata bipolar beperang bersama mereka , mental sama2.

benda cmni biar pakar diagnosis, dan orang yang ada ilmu buat siasatan.  tak kena kat batang hidung atau ahli keluarga sendiri sedaplah mengata.

dont make joke kematian orang lain. its biadab.
Quote Denco 6-7-2023 08:08 PM
Penat jiran Qhurun tu cerita tp ditahyulkan je. Bendalah. Takkanlah dia nk menipu selaku jiran terdekat. Tak mustahil bnda ni berlaku. Salam takziah buat keluarga, moga bertabah.
Quote haruslah 6-7-2023 08:14 PM
Jiran, takyah cerita banyak2
Awak tu saksi tau
Kalau makpak dia nak citer lantak lah

Kes mistik ni i percaya je (i x rujuk kes budak ni ya)
Kes mental pun i caya
Kalau x kuat semangat (mental), mmg mudah la jin syaitan kacau

Kalau ikut citer jiran
Mak nye dah rujuk spital
Mak dia misi, mesti la dia tau nak rujuk sape kan
Quote cmf_almondpecan 6-7-2023 08:18 PM
Ni bunyi macam schizophrenia.
Quote zehra2 6-7-2023 08:26 PM
depa ada saka family kot. tgh nk masuk. kdg mmg camtu la.. dpt dari atok ke. boleh jd gila kalo tk boleh bawak. tp kalo boleh kawal, org tu boleh jd bomoh mengubat org..ni org kampung ler selalu ckp

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.176282 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top