Orang ramai digesa tidak mengaitkan pekerjaaan salah seorang mangsa tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, Ahad lalu dengan aktiviti pembalakan haram. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, mangsa terlibat yang ditemukan lemas, Karim Abdullah, 39, pernah bekerja di kawasan tersebut sebagai pemandu jengkaut.
“Jangan kaitkan pekerjaan mangsa (Karim) dengan aktiviti pembalakan haram di sekitar kawasan tersebut. “Saya rasa tiada kaitan (aktiviti pembalakan) kerana saya difahamkan ketua keluarga tersebut memang pernah bekerja di kawasan pembalakan. “Bila kata pembalakan, jangan kata semua haram. Ada yang mendapat lesen yang sah dan sebagainya. Jadi, oleh sebab dia pernah berada di kawasan itu untuk masuk ke dalam kawasan pembalakan dia agak ‘familiar’ (mahir selok belok) kawasan tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di sini, hari ini. Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata pihaknya percaya ketua keluarga tersebut, Karim Abdullah, 39 yang bekerja sebagai pemandu jengkaut di Hutan Air Putih mahir dengan laluan di lokasi sehingga mampu untuk masuk ke kawasan itu menggunakan kenderaan yang kurang sesuai. Sumber: UTUSAN |
kakikuDibibirmu replied at 6-7-2023 05:07 PM
Istana Penyu tersenyum sinis ...
bakingsoda replied at 6-7-2023 05:29 PM
fishyyyy. aku nampak dlm porem je acik2 duk bersangka2 pasal pembalakan, kat fb tak nampak lagi tibe ...
ADVERTISEMENT