CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

3 Jam Pendarahan Tanpa Henti Selepas Nanah Tonsil Pecah, Tyzo Selamat Jalani Pembedahan

6-7-2023 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3757| Komen: 47

Tyzo yang menangguh pembedahan membuang tonsil bulan lalu akibat dijangkiti demam denggi akhirnya selamat menjalani pembedahan membuang tonsil selama enam jam di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam pada Selasa lalu.


Tyzo atau Tuah Zolqarnain Idris yang juga penyampai radio Suria FM berkata, doktor terpaksa meneruskan pembedahan tersebut selepas nanah pada bahagian tonsil itu pecah dan berlaku pendarahan tanpa henti selama tiga jam.


IG

"Saya selesai menjalani pembedahan di bahagian telinga dan tekak bagi membuang tonsil. Masalah tonsil saya sudah dua kali jadi sangat teruk.

"Paling tragis sampai saya pasrah antara hidup dan mati apabila dalam kesakitan doktor beritahu saya dijangkiti dengi pula sampai platlet darah jatuh ke tahap 22.

"Disebabkan nanah pada tonsil pecah dan berlaku pendarahan, doktor terpaksa minta bantuan Pusat Darah Negara sebelum melakukan pembedahan membuang nanah bulan lalu," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.




Dalam pada itu, Tyzo memberitahu dia sebenarnya sudah menderita masalah tonsil sejak 25 tahun lalu namun apabila doktor menasihatinya melakukan pembedahan dia enggan kerana bimbang berdepan masalah vokal.

Bagaimanapun kata Tyzo, sejak dua tahun kebelakangan ini masalah tersebut menjadi semakin parah sehinggalah sekitar bulan lalu, dia gagal menanggung kesakitan yang semakin teruk.

"Kali ini pembedahan terpaksa dilakukan sebab bimbang berlaku masalah lain seperti kanser. Kebetulan gegendang telinga saya turut mengalami masalah.

"Jadi pada Rabu lalu doktor melakukan dua pembedahan iaitu di bahagian telinga dan tekak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya dalam proses pemulihan," katanya.

Sementara itu, Tyzo berkata, dia akan kembali bersiaran di Suria FM dalam tempoh dua ke tiga minggu lalu sehingga tahap kesihatannya kembali pulih.



"Insya Allah dalam dua ke tiga minggu saya akan kembali ke konti. Memang rasa sedih apabila mengalami masalah ini, maklum sahaja tugas sebagai deejay menggunakan suara dan telinga.

"Saya perlu berehat sebelum dapat kembali ke konti Suria FM," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bbi25 6-7-2023 05:04 PM
huh takutnya kena tonsil bengkak ni
Quote Safirania 6-7-2023 05:08 PM
Moga cepat sembuh tyzo
Quote I.K.A888990 6-7-2023 05:22 PM
semoga cepat sembuh
Quote Banananaa 6-7-2023 05:38 PM
Sis dulu pun operate buang tonsil. Patut operation 45minit jadi 2jam sebab pendarahan tak stop. Lepas operate peritnya nak telan takut. Confirm turun berat. Lepas tu ok dah, demam2 pun dah kurang sejak buang tonsil. Get well soon tyzo!!
Quote Cekla 6-7-2023 05:40 PM
sakit ui demam tonsil...kalau demam suhu mencanak naik..tidur tak sedar diri
Quote dudaberhias 6-7-2023 06:52 PM
iols pernah kena sakit tonsil ni tapi sembuh lepas minum air asam jawa tanpa henti 3 hari...
tak jumpa doktor sebab entah kenapa eh masa tu... tak ingat dah kenapa tak ke hospital...

kalau tidak boleh admit ward... insuran kan ada sesekali habiskan duit insuran...

harap2 theyols tak appoint iols dekat doktor hidung pacak tu... tak pasal2 aku sakit tonsilitis di suruhnya potong perut jugak...

hujung2 last post dan activity akaun dudaberhias 2022...

Quote Temenung 6-7-2023 07:02 PM
Iols musykil betul ke umo dia dah 57 dlm radio pun ada ckp benda sama sbb dok promo suruh undi dia dlm abp.

Mcm x caya dah 57 sbb mcm nmpk muda
Quote Piramida 6-7-2023 07:12 PM
Temenung replied at 6-7-2023 07:02 PM
Iols musykil betul ke umo dia dah 57  dlm radio pun ada ckp benda sama sbb dok promo suruh undi di ...

Betul tu... Termenung pulak kita fikir betul ke tua gitew... Hihihi
Quote Temenung 6-7-2023 07:30 PM
Piramida replied at 6-7-2023 07:12 PM
Betul tu... Termenung pulak kita fikir betul ke tua gitew... Hihihi

Hahaha.iols pun bukan selalu sgt dgr ptg suria dia dgn kak rara tu.hari tu kebetulan je dgr dok berulang suruh undi dia dlm abp tu sbb kata umo dah 56 ke 57.tahun dpn dah x nak bertanding.tau la deols tu kekadang suka gurau.tu iols musykil umo dia tu betul ke x
Quote Pujangga22 6-7-2023 07:46 PM
mcm baru 40an jer..
Quote JunkMail 6-7-2023 08:04 PM
Selepas buang tonsil, definisi sakit tekak tu terus berubah. Jarang jarang demam jarang sakit tekak dah.. tapi bila kena
Quote sharlenetexas 6-7-2023 08:08 PM
Temenung replied at 6-7-2023 07:02 PM
Iols musykil betul ke umo dia dah 57  dlm radio pun ada ckp benda sama sbb dok promo suruh undi di ...

Dah boleh pencen.

Quote sleepandream 6-7-2023 08:11 PM
Temenung replied at 6-7-2023 07:02 PM
Iols musykil betul ke umo dia dah 57  dlm radio pun ada ckp benda sama sbb dok promo suruh undi di ...

heshe typo tak?
takkan la 57...
Quote doubleA 6-7-2023 08:29 PM
Temenung replied at 6-7-2023 07:02 PM
Iols musykil betul ke umo dia dah 57  dlm radio pun ada ckp benda sama sbb dok promo suruh undi di ...

Idok la, gurau2 ja tu umur dia ni kalau tak late 30an, 40an ja
Quote Temenung 6-7-2023 09:07 PM
doubleA replied at 6-7-2023 08:29 PM
Idok la, gurau2 ja tu umur dia ni kalau tak late 30an, 40an ja

Oh yeke kaka.tu lah beriya sgt dlm radio hari tu bgtau umo dia dah 50 lebih

Iols tau lah dia dah memang lama dlm industri start dr belakon dulu semua.bila dia kata umo 50 lebih iols mcm biar betik kau ni kalau 40an tu logik la jugak
Quote doubleA 6-7-2023 09:28 PM
Temenung replied at 6-7-2023 09:07 PM
Oh yeke kaka.tu lah beriya sgt dlm radio hari tu bgtau umo dia dah 50 lebih

Iols tau lah di ...

Silap plak iols kalau late 30an tu macam muda sangat, 40an kot. Kalau asyik gurau cakap 50an tu mungkin la 45 ke atas dah, nak masuk 5 series
Quote codenamedream 6-7-2023 09:42 PM
Sapo lah yang tanamkan dlm kepala tyzo operate tonsil suara berubah.
Sudahnya dah teruk baru nak operate.
Sampai efek ke telinga.

Suara dtg dari getaran pita suara bukan tonsil.
Quote edoraixora 6-7-2023 09:43 PM
Temenung replied at 6-7-2023 07:02 PM
Iols musykil betul ke umo dia dah 57  dlm radio pun ada ckp benda sama sbb dok promo suruh undi di ...


Idok ler 57, baru 41-42 tahun gitu
Saje dia bergurau tu
Satu lagi dia suka bergurau bini dia datuk seri, padahal tak kahwin pun lagi
Quote pavlovachoc 6-7-2023 10:57 PM
Rasanya dia mcm baru pertengahan 40an

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.041129 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top