CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Kelantan Sedia Bas Percuma Untuk Pelajar IPT Pulang Mengundi

6-7-2023 04:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 162| Komen: 1

Perkhidmatan bas percuma disediakan Kerajaan Kelantan untuk pelajar institut pengajian tinggi untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkhidmatan tersebut bagi memudahkan pelajar di luar Kelantan pulang menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih.



Gambar hiasan - Kosmo

"Perkhidmatan ini akan diuruskan oleh satu jawatankuasa khas diketuai oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan dan diurusetiakan oleh Pejabat Pembangunan Negeri.

"Tarikh bagi perjalanan balik bermula 6 hingga 11 Ogos, manakala tarikh kembali ke destinasi asal pada 13 hingga 15 Ogos," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, pelajar bebas menggunakan hak mereka untuk memilih mana-mana calon atau parti politik yang bertanding tanpa terikat dengan apa jua syarat.

"Semoga perkhidmatan tersebut dapat membantu meringankan beban pelajar serta ibu bapa," ujarnya.


Tambahnya, kerajaan Kelantan sangat menyedari kepentingan mahasiswa dan mahasiswi dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih demi masa depan negara.

"Penglibatan mereka sebagai pemilih dalam pilihan raya memberi impak yang sangat besar dalam membina negara melalui pentas demokrasi.

"Justeru, hak mereka sebagai pemilih tidak boleh dinafikan hanya disebabkan tekanan ekonomi dan kos sara hidup," ujarnya.

Untuk keterangan lanjut pelajar boleh menghubungi Pejabat Pembangunan Negeri di talian 09-7481180.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bbi25 6-7-2023 05:04 PM
Okay sokonglah kalini. Yang nak buat duit jangan lupa sertai Amarkets ye.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.136419 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top