Ramai rakyat Indonesia terjebak pinjaman teknologi kewangan untuk mendapatkan wang segera yang didorong penganjuran konsert muzik pasca-Covid-19, daripada Coldplay hingga Blackpink. Bloomberg melaporkan, pinjaman terkumpul daripada platform digital itu mencecah 51.5 trilion rupiah (kira-kira RM15.9 bilion) pada Mei.
Angka itu meningkat 28 peratus daripada setahun lalu, menurut Penguasa Perkhidmatan Kewangan, atau OJK. Kini, pengawal selia memberi amaran kepada peminjam supaya berhati-hati dan tidak meminjam melebihi kemampuan mereka. "Kebanyakan mereka yang mengalami kesukaran membayar pinjaman biasanya meminjam untuk keperluan pengguna, contohnya, membeli gajet baharu, rekreasi, fesyen, malah baru-baru ini untuk membeli tiket konsert," kata Pesuruhjaya OJK Friderica Widyasari Dewi dalam taklimat pada Selasa lalu. Penembusan telefon pintar mengatasi pertumbuhan akses perbankan dalam ekonomi terbesar Asia Tenggara itu, membolehkan perkhidmatan kewangan berasaskan internet berkembang pesat sebagai alternatif kepada pemberi pinjaman konvensional untuk membantu perniagaan kecil mendapatkan dana untuk berkembang.
Bagaimanapun, lebih separuh daripada pinjaman terkumpul masih tertumpu di Jakarta dan Jawa Barat yang terletak berdekatan. Hanya kira-kira 40 peratus daripada dana itu disalurkan kepada perniagaan kecil. Nisbah kredit pinjaman dalam talian yang tidak dibayar oleh peminjam selama lebih daripada 90 hari dari tarikh matang meningkat kepada 3.36 peratus pada Mei, daripada 2.78 peratus pada akhir tahun lalu. Jumlah itu masih di bawah ambang lima peratus yang ditetapkan oleh pengawal selia. "Kami terus menasihati orang ramai supaya memahami risiko pinjaman dalam talian, terutamanya bahaya platform mudah alih teknologi kewangan (fintech) haram," kata Dewi. Sumber: Harian Metro
|
unguaurora replied at 6-7-2023 08:28 PM
Tp sed sadik sigaraga bgtau kolpelir mampu menjana ekonomi sesebuah negara
kakikuDibibirmu replied at 6-7-2023 08:30 PM
Hensemnya Syed Suck Dick ni, akak suka lelaki berdahi licin
Ikut pengalaman ...
Skuau replied at 6-7-2023 08:27 PM
gaji berjuta..pung x mampu..menipu jer indon@'kamila yg memajukan Msia'.
ADVERTISEMENT