CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Campak Dua Anak Elak Rentung

6-7-2023 04:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 543| Komen: 1

Tindakan pantas seorang bapa mencampak dua anak lelakinya menyelamatkan nyawa tiga beranak itu daripada rentung dalam kebakaran rumah kedai di Lenga, Bukit Kepong, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, Zamirul Suahimi, 30, mencampak Muhammad Firas Syahmi, 10, dan Muhammad Harith, 4, sebelum dua beradik itu disambut dua pekerja kilang yang menunggu van untuk ke tempat kerja.

Bagaimanapun, Zamirul yang terjun kemudian cedera di tangan akibat terkena zink selain melecur di telinga, mata dan mulut.


Rumah kedai musnah dalam kebakaran di pekan Lenga, Pagoh, awal pagi tadi. - Foto BH/ALIAS ABD RANI

Menceritakan kejadian itu, isterinya, S'biha Bahari, 39, berkata beliau menghubungi suaminya beberapa kali namun tiada jawapan tetapi kemudian dua pekerja kilang terbabit menjawab telefon suami dan memaklumkan kedai makan milik pasangan itu terbakar.


"Suami dan anak tidur di kedai kerana dia akan masak juadah pagi.

"Saya pula tidur di rumah ibu tidak jauh dari kedai makan. Asap itu muncul dari kedai makan bersebelahan," katanya di sini, hari ini.

S'biha berkata, suaminya dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Sementara itu, Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Pagoh, Penolong Penguasa Mohd Fadli Ismail, berkata mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 5.10 pagi.

Katanya, seramai 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh, Labis, Bukit Gambir dan Bandar Baru memadam kebakaran.

"Kebakaran itu memusnahkan 10 buah rumah kedai," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chiyoasuka 1-8-2023 07:08 AM
kesiannya... kasih syg seorang bapa tu kn... syukurlah semua selamat

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.041039 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top