CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ropie Tak Boleh Bersendirian, Dah Tak Boleh Pandu Kereta Seorang Diri Sejak 2015

6-7-2023 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 897| Komen: 3

Ropie Cecupak mendedahkan dia pernah berdepan serangan panik (panic attack) yang membuatkan dirinya tidak boleh bersendirian. 

Katanya situasi itu membuatkan dia tidak memandu kereta sejak tahun 2015. 


Foto: Harian Metro

"Saya berdepan dengan serangan panik yang membuatkan saya tidak boleh seorang diri. Jika bersendirian di rumah saya boleh, namun sekiranya memandu bersendirian tiba-tiba serangan itu datang.

"Mungkin kali terakhir saya memandu seorang diri pada 2015 dan selepas itu saya menggunakan khidmat pembantu peribadi.

"Pernah saya sedang mencuci rambut seorang diri, saya dapat rasakan hendak terkena serangan itu, terus saya bilas rambut dan pergi ke mamak.

"Apabila terkena serangan itu, saya akan seperti semput dan sukar bernafas," katanya.

Tambahnya, ketika itu dia diuji dengan masalah rumah tangga sehingga membawa kepada perceraian namun pada masa yang sama masih perlu menghiburkan peminatnya.


Bagaimanapun, Ropie berkata, dia berjaya bangkit semula kerana sedar tugasnya sebagai pelawak adalah satu tanggungjawab besar dan tidak boleh disia-siakan.

"Jadi apabila ada masalah timbul, saya akan pastikan diri bertenang dan perlu teruskan tugas hakiki untuk melawak. Saya pegang prinsip perlu profesional dan kena siapkan kerja sampai habis kerana saya dibayar untuk melakukannya.

"Alhamdulilah, saya juga sudah bertemu dengan isteri yang banyak menjadi sumber kekuatan saya. Dia memberikan sokongan yang banyak membantu saya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 6-7-2023 07:07 PM
faktor usia la tu kot...
plus mungkin sebab heshe women..
so semangat berani lelaki tu tak ada...

Quote imanda 6-7-2023 10:59 PM
maksudnya ap... sheols bercerai lps tu kawin lagi?
Quote rosedemon 7-7-2023 09:22 AM
soooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.064724 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top