CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peguam Curi Tabung Amanah Keluarga, Bunuh Bapa Kerana Berang Disaman

6-7-2023 03:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 316| Komen: 1

Seorang peguam lelaki membunuh bapanya selepas mencuri AS$450,000 (kira-kira RM2.1 juta) daripada tabung amanah keluarga akibat berang disaman.

Mirror UK melaporkan, mayat mangsa iaitu peguam Paul Labiner, 68, dipenuhi peluru ketika ditemukan di luar pejabatnya di kompleks bangunan Monterey di Boca Raton, pada Sabtu.



BRANDON (kanan) dan bapanya, Paul. FOTO Agensi

Anak lelakinya, Brandon Labiner, 34, yang juga seorang peguam didakwa dengan pembunuhan peringkat pertama.

Konflik tercetus apabila Labiner hilang kelayakan sebagai peguam pada April lalu selepas bapanya memfailkan saman dengan dakwaan penyelewengan wang berjumlah AS$450,000 (kira-kira RM2.1 juta)

Berikutan itu, Labiner dihadapkan ke mahkamah di Palm Beach, Isnin lalu.

Sementara itu, Jabatan Polis Boca Raton dalam satu kenyataan berkata, "individu berkepentingan" mengurung diri di dalam sebuah bangunan dan hanya keluar selepas Ahli Pasukan Senjata dan Taktik Khas (SWAT) berunding dengan mereka.


"Suspek memberi kerjasama dan ditahan tanpa sebarang insiden.

"Pada masa itu, suspek ditahan dengan waran aktif.

"Dia kemudiannya dibawa ke Penjara Palm Beach sementara penyiasat terus menjalankan soal siasat dan mengumpul bukti untuk menentukan pembabitan suspek dalam siasatan kematian mangsa," kata polis dalam kenyataan itu.

Polis mengaitkan Labiner dengan kejadian tembakan selepas rakaman pengawasan dari beberapa lokasi menunjukkan suspek memandu di sekitar kawasan itu sekitar 2 petang pada hari pembunuhan mangsa.

Laporan polis memaklumkan individu sama kemudian dilihat dengan beg bertali dalam perjalanan ke pejabat Paul Labiner dengan basikal.

Laporan itu mengatakan polis menemui beg galas, lelopak peluru senjata api 9mm, beberapa kotak pelbagai jenama peluru, kotak untuk pistol, tong gas, pemetik api, sarung tangan dan topeng muka di dalam kereta suspek.

Dalam rakaman itu, suspek, seorang lelaki, kemudian dilihat mengeluarkan kotak berisi pistol dari begnya.

Rakaman menunjukkan suspek berlegar di sekitar garaj selama kira-kira 40 minit sebelum individu kedua muncul sebelum berlaku pergaduhan membabitkan kedua-dua lelaki.

Lelaki yang bergelut itu kemudian melepaskan diri dari tembakan, sebelum suspek dilihat melarikan diri dengan pistol.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chiyoasuka 1-8-2023 07:12 AM
mcm2 betul!

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.036710 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top