CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tayang Gambar Pra Perkahwinan, Cat Farish Dah Tak Sabar Nak Kahwin Dengan Shikin Maembong 13 Julai

6-7-2023 02:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3319| Komen: 20

Cat Farish bakal bernikah dengan kekasihnya, Shikin Maembong pada 13 Julai ini.

Katanya dia enggan menangguhkan perkahwinan memandangkan masing-masing sudah berusia.

Foto: IG


"Gambar yang di muat naik itu adalah 'pre video' namun majlis pernikahan bakal diadakan pada 13 Julai depan manakala resepsi pula pada 15 Julai.

"Pada mulanya saya memang enggan terburu-buru untuk berkahwin semula namun tidak manis apabila sering ke sana ke mari dengan Shikin. 

"Malah, anggota Ruffedge juga menasihatkan saya untuk mempecepatkan perkahwinan. Apatah lagi, saya bakal menjengah usia 50 tahun, kami masing-masing sudah tidak muda," katanya kepada Harian Metro.



Berkongsi mengenai simbolik pemilihan tarikh, Cat memaklumkan kebetulan angka itu sama dengan usia anak perempuannya yang berumur 15 tahun.

"Tiada simbolik di sebalik tarikh yang dipilih, kebetulan anak saya pun berusia 15 tahun. Bukan mudah sebenarnya hendak mendekati dan memenangi hati anak remaja namun Shikin berjaya.

"Malah, saya maklum ayoh (bapa Shikin) juga bukan mudah untuk memberi keizinan. Alhamdulillah, selepas dua kali berjumpa ayoh terus bersetuju.

"Persiapan semuanya sudah 60 peratus, cuma bahagian mengisi borang sedikit rumit namun semuanya dipermudahkan," katanya.


Cat sebelum ini berkahwin dengan Suriani Hassan, 37, pada November 2020 namun sah bercerai pada Januari lalu. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sebelum ini, Cat juga pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan disahkan bercerai pada April 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.



Sementara itu, Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014 namun bercerai pada Jun 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna.


Shikin kemudiannya berkahwin buat kali kedua pada Mac 2020 namun rumah tangga itu hanya bertahan dua tahun. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 6-7-2023 03:09 PM
semoga berkekalan laaaaaaa
Quote lea_kdo 6-7-2023 03:21 PM
baguslah.. pandai cari yg sekufu..
harap ni yg ke terakhir till jannah ye to both of u
Quote beautifulorchid 6-7-2023 04:05 PM
Tahniah.. semoga perkahwinan kali ini berkekalan sehinga ke syurga..
Quote LaskarHijayu 6-7-2023 04:12 PM
Gelinya tgk cat menggedik nak nikah camni. Umo pon dah 50
Quote kucingitam 6-7-2023 04:14 PM
kenapa anak lelaki pakai baju gitu..mmg konsep retro ke caner?
Quote jihyomelly 6-7-2023 04:14 PM
kawin pi la org tgk bercinta mcm budak2 baru tumbuh bulu..moga berkekalan maklum la sekufu
Quote crazypink 6-7-2023 04:26 PM
semoga dipermudahkan segalanya & bahagia hingga ke akhir hayat aamiin
Quote laksmanabentan 6-7-2023 04:42 PM
okay la tu sesuai sgt daa....
cepat2 ler nikah ya... semoga dipermudahkan...
Quote vanillaninja 6-7-2023 04:49 PM
I tak boleh la dengan couple ni..
Quote cawanmilosuam 6-7-2023 06:15 PM
ya ampun buruknya gambo
Quote timah03 6-7-2023 06:49 PM
Baju anak2 merosakkan gambar...
Siap kan la anak2 tu sekali weyyyy...
Quote dudaberhias 6-7-2023 07:11 PM
Kemain photoshoot sebelum kahwin tapi tetap nampak kepam ya masing2 ya ampunnn...

Sekor2 rupa macam gelandangan nak pergi mintak nasi kat NGO

Quote Aneem 6-7-2023 08:11 PM
Gambau ank lelaki dia tak siap.
Nnti dia mintak tlg kat fb page edit apa hari ini, tolong bubuhkan seluar yg sesuai.
Quote Madel 6-7-2023 09:09 PM
Kalau aku , tak kaw3n lagi pun tak apa la
lagi2 kalau bekas pak mentua aku is Chep1
Ku akan guna anak aku (cucu) Chep1 utk tumpang kesenangan
Quote RoseLuna 6-7-2023 10:00 PM
Berapa umur Shikin ni? Serius la baru masuk 40. Dia nampak lagi tua dari Cat Iols sebenarnya kagum dgn org yg baru cerai & cepat move on & cari pengganti ni. Tapi bagus la at least tak buang masa lama nak sedih sedih
Quote sayawifenikmie 6-7-2023 10:58 PM
ramai manusia di cari ni suka menghina rupa paras orang
mennyumpah seranah orang
apa yg anda taip di dalam cari ini
itulah diri anda didunia nyata

apapun
semoga berbahagia cat & syikin
cukup2 lah bercerai berai
kalau ad dugaan dlm perkahwinan
hadap lah .. carilah jalan penyelesaian .. perdamaian
jangan mudah2 bercerai ..
serik serik lah
Quote beatgirlX 6-7-2023 11:01 PM
Semoga perkahwinan kali ni kekal bahagia buat both cat ngan syikin
Quote pocongkiutss 6-7-2023 11:15 PM
Dah tua bangka pun...
Quote makcun14 6-7-2023 11:15 PM
anak cat yang pakai sunglasses  dalam gambar tu macam acuh tak acuh jer tengok bapak dia . "kekal ke kali ni, daddy aku asik kumpul bini je" . anak cat boleh bukak grup whatsapp ngan anak ratu engku aleesya. meriah  koleksi mak tiri

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.085512 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top