CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

27 Termasuk Bayi Maut Bas Terjun Gaung

6-7-2023 01:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 289| Komen: 0

Sekurang-kurangnya 13 lelaki, 13 wanita dan seorang bayi terbunuh di Mexico selepas sebuah bas terjatuh ke dalam gaung.

Dalam insiden yang berlaku di selatan Oaxaca pada Rabu itu, 21 penumpang lagi dilaporkan cedera dan 12 daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.



AFP

"Menurut siasatan awal, 27 individu maut manakala 17 mangsa cedera telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut," kata Pendakwa Raya Oaxaca, Bernardo Rodriguez Alamilla.

Siasatan telah dilancarkan pagi mengenal pasti punca kejadian namun laporan awal menunjukkan bas berkenaan berhadapan dengan masalah kegagalan mekanikal.

Ketika kejadian, bas berkenaan dalam perjalanan dari Mexico City ke Santiago de Yosondua sebelum pemandu dipercayai hilang kawalan dan terbabas di bandar Magdalena Penasco sekitar jam 6.30 pagi waktu tempatan.

"Pemandu bas dipercayai hilang kawalan kenderaan tersebut dan ia terjatuh ke dalam gaung sedalam 25 meter," kata pegawai pihak berkuasa tempatan, Jesus Romero.


Nahas jalan raya sering berlaku di Mexico akibat pemanduan pada kelajuan tinggi, keadaan kenderaan yang uzur serta pemandu yang letih.

Kebanyakan rakyat bergantung kepada perkhidmatan bas yang selalunya dikendalikan oleh syarikat pengangkutan kecil yang mempunyai kenderaan uzur.

Mei lepas, sekurang-kurangnya 18 pelancong maut selepas bas yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di Nayarit.

Pada bulan yang sama, 13 penumpang van terkorban selepas kenderaan itu bertembung dengan sebuah lori di Tamaulipas.


SUmber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.027493 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top