Hangat di media sosial membincangkan lelaki mirip bekas pemain kelab bola sepak selatan tanah air yang dikatakan terlibat kes pecah rumah di Benut, Pontian, Johor membabitkan perlakuan tiga lelaki tempatan.
Berdasarkan perkongsian WhatsApp yang tular, dua daripadanya berjaya ditangkap ketika kereta dinaiki mereka terbabas di Parit Hj Ahmad manakala seorang lagi di Jeti Ayer Baloi. "Seorang penjenayah terlepas lari ke kawasan Pentadbiran BP Ayer Baloi.. tak tahu kawasan mana," demikian hantaran WhatsApp tersebut. Difahamkan, individu yang masih lolos itu mengenakan pakaian baju dan seluar hitam. "Nampak masih muda lagi..seorang bekas pemain bola sepak kelab selatan tanah air katanya," tulis hantaran WhatsApp itu lagi. Sementara itu, dalam satu hantaran WhatsApp berbeza mendakwa lelaki terakhir yang berjaya melarikan diri itu dikatakan dapat ditangkap pada Rabu. "Yang seorang tu bekas pemain bola sepak dulu...katanya diberkas di jeti Sungai Ayer Baloi," tulisnya. Perkongsian WhatsApp itu juga menyebut kumpulan penjenayah itu menggunakan modus operandi menutup meter air luar rumah dan apabila tuan rumah keluar, mereka akan menghulurkan parang dengan merompak dan menyamun mangsa. Sementara itu, Majoriti berusaha mendapatkan pengesahan berhubung kes tersebut dengan pihak polis. Sumber: Majoriti
|
mawardia: Dah kenape pemain bola sepak m ...
mawardia: Dah kenape pemain bola sepak makin ramai buat jenayah. Main bola je dah lah.
doubleharmonic replied at 6-7-2023 04:29 PM
helokk ke tak helokk???
prizadane replied at 6-7-2023 05:35 PM
Azinee Taib chuols. He dulu main JDT. Pastu performance drop dengan isu disiplin lagi. Attitude prob ...
prizadane replied at 6-7-2023 05:35 PM
Azinee Taib chuols. He dulu main JDT. Pastu performance drop dengan isu disiplin lagi. Attitude prob ...
prizadane replied at 6-7-2023 05:35 PM
Azinee Taib chuols. He dulu main JDT. Pastu performance drop dengan isu disiplin lagi. Attitude prob ...
ADVERTISEMENT