CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Setiap Tahun Cakap Nak Keluar Lagu Baru, Tapi Hujung-Hujung Senyap' - Anuar Zain

6-7-2023 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 465| Komen: 5

Saban tahun Anuar Zain merancang untuk tampil dengan lagu baharu, namun belum kesampaian kerana tidak menemui material terbaik yang memenuhi cita rasanya.


“Setiap tahun saya cakap akan keluar dengan lagu baharu. Tapi hujung-hujung senyap (tak jadi) sebab belum jumpa material  sesuai.

“Saya rasa susah untuk dapat lagu yang dirasakan terbaik. Bagaimanapun, ada satu atau dua lagu yang sudah pun melekat di hati namun masih dalam perancangan,” ujar penghibur berusia 53 tahun itu kepada Kosmo! Online.

Ketika disoal tentang kualiti yang dimahukan, pelantun Bila Resah itu berkata, kebanyakan lagu baharu yang diberikan kepadanya tidak mempunyai ‘drama’ dalam karya tersebut.


IG

“Saya perhatikan, kebanyakan lagu sekarang hanya sekadar lagu. Saya mahukan lagu yang ada drama (penceritaan) daripada segi melodi dan liriknya. Saya sukakan sesuatu yang dramatik.


“Saya bukannya cerewet, cuma seorang yang teliti,” tegasnya

Bercakap tentang single duet baharu kakaknya iaitu penyanyi, Ziana Zain bersama penyanyi muda, Hasif Upin berjudul Waktu, Anuar atau nama lengkapnya Shahrul Anuar Zain itu menyifatkan karya tersebut adalah yang terbaik pernah didengarnya hari ini.

“Hebat. Saya sangat suka dengan lagu itu. Bukan hendak lebih-lebihkan kakak sendiri, namun saya rasa kombinasi antara kak Gee (panggilan Ziana) dengan Hasif sangat sempurna.

“Saya sudah dengar banyak lagu baharu. Banyak juga yang saya suka. Tapi jika tanya saya, lagu Waktu adalah antara karya terbaik yang saya dengar.

“Lebih membanggakan, kak Gee menerima lagu tersebut selepas 15 tahun tidak keluar dengan sebarang single baharu,” jelasnya.

Anuar yang ditemui semasa sidang media Konsert Anuar Zain 40 Tahun (AZ40) di sini, semalam turut berkongsi rasa teruja apabila bakal menjayakan konsert solonya yang kelima pada 28 Oktober nanti di Stadium Malawati, Shah Alam.



Dalam konsert tersebut, Anuar bakal menghiburkan peminat dengan 20 lagu popularnya menerusi persembahan berdurasi dua jam.

Tiket yang dijual bermula pada harga RM188 hingga RM1188 boleh mula dibeli pada 12 Julai nanti menerusi laman web www.jiotix.com. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 6-7-2023 02:02 PM
Kalau nak bawa keluar lagu...

Jangan lupa duet dengan penyanyi BBNU yang who are yussssss macam kakak...

Kalau lagu tu flop kurang2 boleh kita pitenah penyanyi BBNU tu penyebab lagu flop...

Padahal memang sendiri yang dah takde idea nak bawa keluar lagu...

Quote LembingDayanti 6-7-2023 04:21 PM
kemain makeup bagai... muka dia ni dah macam makcik warga emas yg duduk london ye.
Quote Kurex 6-7-2023 04:42 PM
Bengkaknya muka kau
Quote sleepandream 6-7-2023 07:25 PM
sama jah retis2 kt US sinun pun... lagu baru taylor swift pun tak melekat sgt dah... walopon sendiri yg compose... walhal dolu2 keluar album, dalam 10 lagu lebih 5 lagu sedapppp...
Quote Piramida 6-7-2023 07:30 PM
Perfectionist sgt sampai nak dptkn meterial yg betul2 sesuai...
Buang masa... Kita bkn makin muda.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.030279 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top