CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut Digilis Ketika Melalui Landasan Kereta Api Di Kelantan

6-7-2023 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 308| Komen: 2

Pasir Mas: Pemuda maut dipercayai digilis kereta api di Kampung Tanjung di sini pada jam 7 pagi.

Mangsa, Mohammad Aqil Irfan Hizuan, 23, meninggal dunia di lokasi dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat.


Bapanya, Hizuan Jusoh, 52, berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa anaknya selepas diberitahu adik ipar, Aiman Abd Rashid, 20, dan segera ke lokasi.

Foto: Harian Metro

"Mengucap panjang saya melihat anak sudah tidak bernyawa dan parah di kepala.

"Saya kemudian mengangkat dan mengalihkan arwah. Saya jangka kejadian berlaku awal pagi kerana tubuhnya sejuk selain bajunya dipenuhi embun," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Hizuan, kali terakhir dia bertemu anak ketiga daripada lima beradik itu dua hari lalu, memandangkan Mohammad Aqil tinggal bersama datuknya sejak berusia 15 tahun di kampung berhampiran lokasi kejadian.


"Saya tidak berbual panjang dengannya dan dia juga kelihatan ceria seperti biasa, tiada sebarang tingkah laku meragukan," katanya.

Hizuan berkata, dia dimaklumkan yang Mohammad Aqil ada menghantar pesanan WhatsApp meminta maaf kepada abangnya, Mohammad Zuhairi, 28, yang pulang ke Johor, malam tadi.

"Mereka berdua sangat rapat dan arwah meminta maaf kerana tidak sempat berjumpa sebelum abangnya itu pulang selepas cuti Aidiladha.

"Landasan kereta api ini sering digunakan penduduk termasuk arwah sendiri, jadi mungkin ketika kejadian, dia melintasi landasan untuk ke rumah bapa saudara yang berdekatan," katanya.

Katanya, mereka sekeluarga reda dengan apa yang berlaku dan berharap urusan pengebumian dipermudahkan.

Jenazah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chengal Kampung Jelujuk. -CARI

Sumber: Harian metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 7-7-2023 08:46 AM
aduiiiiiiiiiiiiiiiiiii yg ko pegi lalu tu kenapa nyahhhh
Quote naina 7-7-2023 08:53 AM
Lalu dan tak perasan keretapi dah nak dekat kot
Lepastu badan pegun sebab aliran elektrik

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.037923 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top