CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kahwin 13 Tahun, Suami Penganggur Dah Lima Kali Curang! Jual Kereta Dibeli Isteri, Buat Hutang Sebelum Lari Dengan Awek Baru Kenal 3 Bulan

6-7-2023 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1597| Komen: 25

Seorang isteri kecewa mengetahui suaminya dalam diam menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

Kisah gelap dalam rumah tangganya itu bermula apabila dia memuat naik hebahan di Facebook bagi mencari suaminya yang tidak dapat dikesan dalam tempoh 24 jam.


Pelayar bernama Fika ini mendapat tahu bahawa suaminya lari bersama seorang gadis, didakwa menaiki penerbangan dari Tawau, Sabah ke Kuala Lumpur.

Foto: mStar

Menurut Fika yang sudah mendirikan rumah tangga selama lebih 13 tahun, ini merupakan kali kelima suaminya curang.

"Ya Allah hancur hatiku sebagai seorang isteri tengok suami bergambar bersama dengan perempuan ni. Saya 24 jam cari awak. Tak tidur dan tidak makan kerana risaukan awak.

"Rupanya awak lari dengan perempuan lain pergi Kuala Lumpur bawa duit semua satu sen pun tak tinggalkan untuk isterimu," katanya.

Selain melarikan kesemua wang hasil titik peluh Fika, suaminya yang menganggur ini juga bertindak menjual kereta miliknya.


"Sampai awak jual kereta isterimu. Duit keringat isterimu selama ini semata-mata belikan awak kereta. Awak buat saya begini," tulisnya dalam hantaran di Facebook.

Menurut Fika selama ini dia bekerja keras mencari wang dari pagi sampai ke malam untuk membantu suaminya yang menganggur.

"Ini apa awak buat dengan saya... Ya Allah. Selama ini kenangan pahit dan manis kita lalui bersama. Saya tahan bersama awak tapi begini awak buat dengan saya.

"Empat kali awak curang dengan saya. Saya masih terima awak sebagai suamiku lagi. Apa lagi kurangnya saya sama awak wahai suamiku. 'Sakit' awak letak semua ni dekat saya," jelasnya lagi.

Terkilan dengan apa yang dilakukan si suami, Fika meluahkan bahawa dia bersedia untuk menamatkan kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya.

Malah menurut cerita Fika, suaminya baru tiga bulan mengenali wanita tersebut berbanding dengan rumah tangga mereka yang telah dibina selama 13 tahun.

"Kalau ya pun awak tak mahu saya ke apa, jumpa saya elok-elok bincang secara baik bukan tergantung tak bertali macam ni.

"Suka hati awaklah janji lepaskan saya, ceraikan saya. Itu saja yang saya minta, suamiku. Awak tipu saya bulat-bulat selama ini.

"Awak lari bawa semua duit. Awak berhutang keliling pinggang dengan orang tanpa pengetahuan saya. 'Jual' nama isteri cakap saya yang nak pinjam duit rupa-rupanya awak berfoya-foya dengan perempuan lain," luahnya dalam hantaran tersebut.

Perkongsian Fika mengundang sebak netizen apabila ramai bersimpati dengan nasib dirinya yang dianiaya oleh suami sendiri.

Rata-rata meluahkan kesedihan mereka dan terkesan dengan hantaran dibuat wanita ini.

"Curang empat kali. Ya Allah kuat betul hati memaafkan. Semoga tetap tabah sis.

"Kalau suami macam ni buat penat saja kita tunggu. Dah macam biawak hidup kena bela dia. Baik tinggal saja.

"Hidayah milik Allah. Bukan kita yang boleh ubah orang! Allah nak beritahu, jangan sayang suami lebih dari sayang tuhan," komen beberapa netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 6-7-2023 12:18 PM
Rasa nk marah sgt bc luahan pompuan ni
Nk marah kt pompuan tu sendiri
Ko bela biawak hidup 13 tahun dah npe
Quote lattehazelnut 6-7-2023 12:23 PM
Alla lepas kne pujuk cair balik
Beranak anak baru tahun depan
Quote KelisaSilver 6-7-2023 12:46 PM
ni la pompuan yg tak sayangkan diri sendiri. mmg la dia tak nak lepaskan ko sbb ko tanggung dia kot. tak rugi pun kalau ko yg tinggalkan dia..... bkn dia ada harta pun.... tah pape tah. dah 4 kali curang masih lagi stay?
Quote midori888 6-7-2023 12:49 PM
patut sujud syukur laki biawak lari dgn ppuan lain....
Quote menjad 6-7-2023 01:12 PM
5x curang dan ko masih setia jadi isteri... bangang snagat ko dik.
Quote ajinomotonosuga 6-7-2023 01:23 PM
midori888 replied at 6-7-2023 12:49 PM
patut sujud syukur laki biawak lari dgn ppuan lain....

bewak akan patah balikkkkk

salu gitu...dia nk cross jalan..tgh jalan dia u turn n patah balik

indecisive bewak!
Quote makita 6-7-2023 01:24 PM
Patut masa bulan pertama somi membiawakkan diri dah boleh isi borang serai. Ckup 3 bulan boleh lah hantar borang tu. Kene tunggu lepas 3 bulan ya bukan 13 tahun.
Quote rosa_canina 6-7-2023 01:32 PM
gigih sungguh terima laki bewak tu
dahla bewak pstu curang plk
Quote prettyuglybabe 6-7-2023 01:35 PM
janji kau berlaki kan..
Quote midori888 6-7-2023 02:30 PM
ajinomotonosuga replied at 6-7-2023 01:23 PM
bewak akan patah balikkkkk

salu gitu...dia nk cross jalan..tgh jalan dia u turn n patah balik

jgn kasi dia u-turn, burn the road....
Quote penmerah 6-7-2023 02:42 PM
Bodohnya perempuan ni
Quote penmerah 6-7-2023 02:44 PM
Padan muka perempuan ni
Mesti Lepas laki pujuk sikit she terus U-turn 1 saat
Selayaknya lah

Malas nak cerca lebih2
Quote dekmieDandy 6-7-2023 03:03 PM
ni spesis asalkan berlaki ke apa sanggup dengan laki yang lima kali curang
Quote Suchi 6-7-2023 03:14 PM
Bersyukurlaa sis
Akhirnya sis ada sebab utk rehome bewak tu
Ni peluang ke 5 sis harap tak sesiakannya lagi

Kalau dah semua sis yg buat maknanya natang tu dah takde keperluan pun dlm umah sis
Kita tak bela menda2 yg tak datangkan manfaat sis
Quote allshares 6-7-2023 03:19 PM
Curang kali pertama maybe boleh dimaafkan. Curang kali kedua ko bye2 jelah. Sbb bila dah berani curang lagi, laki ni da anggap ko lap kaki jah. Harap Budu tu tlg la jgn diwarisi. Patut padankan muka ko shj pompuan
Quote Cassieopeia 6-7-2023 04:48 PM
syukurlah biar pompuan tu plak bela biawak tu.. ni peluang isi borg cerai cpt2
Quote anony-mous 6-7-2023 05:02 PM
Lol sendiri meminta. Bodoh gila prempuan ni. Lembam ke apa?? Kereta pon belikan utk laki. Asal berbatang ye dak?
Quote anony-mous 6-7-2023 05:04 PM
penmerah replied at 6-7-2023 02:44 PM
Padan muka perempuan ni
Mesti Lepas laki pujuk sikit she terus U-turn 1 saat
Selayaknya lah

I hrap laki tu pujuk smula. Rugi woo ada bank bergerak buat apa susah2. Dont worry wahai bewak. Kali ke 10 pon perempuan mcm ni akn terima lg
Quote sufi^_^ 6-7-2023 05:11 PM
perempuan bodoh je nak meratap hiba bila laki taguna cam ni lari dengan pompuan lain.

kan penyondol tu dah selesaikan masalah kau?

Pegi tuntut cerai sana.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.453450 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top