Ali Puteh mendedahkan dirinya banyak menerima kecaman serta ugutan yang kejam daripada netizen. Pendedahan itu dibuat Ali ketika menjadi tetamu bagi sesi podcast bersama dua penceramah selebriti Pencetus Ummah, PU Amin dan PU Rahmat.
Ali juga mendakwa isterinya pernah mendapat hantaran mesej oleh seorang wargamaya yang ingin merogolnya di Instagram. "Yang paling teruk (diugut) isteri saya lah. Saya boleh sebut ya di sini? ‘Ini isteri Ali Puteh eh? Kau datang sini, kau kangkang depan kita, kita main kau ramai-ramai. Baru kau tahu nikmat atas meja’. "Tak tahu lah kalau ustaz tapi saya ni suami ni. Rasa macam tak tahu nak cakap apa, sampai tahap macam tu sekali.
Bukan itu sahaja, Ali mendedahkan dia juga pernah menerima kata-kata kecaman yang sangat menyakitkan hatinya hanya selepas dua bulan kehilangan ibu tercinta. "Waktu itu arwah mak saya baru meninggal dua bulan, ada orang DM saya, dia cakap ‘kalau aku jadi mak kau, kalau tahu keluar anak macam kau, aku suruh mak kau pakai kondom main dengan bapa kau supaya tak keluar anak macam kau’. "Ha macam tu ustaz, mak saya baru meninggal masa tu, (dua bulan)."
|
ADVERTISEMENT