CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Awas, Hantaran Media Sosial Pengguna Akan Dimanipulasi Untuk Latih AI

6-7-2023 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 671| Komen: 6

MOUNTAIN VIEW, CALIFORNIA – Google mengemas kini polisi privasinya hujung minggu lalu yang akan membolehkan syarikat itu mengumpul dan menganalisis maklumat pengguna internet untuk melatih model kepintaran buatannya (AI), justeru orang ramai digesa agar lebih berwaspada.


Metro UK melaporkan, syarikat gergasi teknologi itu berkata, ia akan menggunakan maklumat dikongsikan orang ramai untuk meningkatkan perkhidmatan dan membangunkan produk janaan AI yang baharu.

Pada asasnya, Google telah mengemas kini bahagian polisi privasinya, di mana enjin carian itu menyatakan ia mengumpulkan maklumat tentang orang ramai daripada sumber yang boleh diakses secara umum. 

Foto: AFP

Maklumat itu termasuk yang dikumpulkan menerusi hantaran umum yang dimuat naik pengguna laman media sosial.

Sebelum ini, polisi itu hanya menyebut tentang penggunaan data untuk melatih bahasa dan ciri-ciri pada fungsi Google Translate.


Namun kini, syarikat itu telah menggantikan bahagian polisi ‘bahasa’ tersebut dengan polisi ‘melatih model AI Google’ sambil menambah, ia akan digunakan untuk membangunkan produk tambahan seperti Bard dan Cloud AI.

Google Bard adalah alat chatbot berkuasa AI yang direka oleh Google untuk mensimulasikan perbualan manusia menggunakan pemprosesan bahasa semula jadi dan pembelajaran mesin.

Selain menambah carian Google, Bard boleh diintegrasikan ke dalam tapak web, platform mesej atau aplikasi untuk memberikan respons bahasa semula jadi yang realistik kepada soalan pengguna.

Sementara itu, Cloud AI pula merupakan satu konsep baharu yang mula dilaksanakan oleh syarikat-syarikat teknologi dengan menggabungkan AI dengan pengkomputeran awan.

Dalam pada itu, Chatbot AI seperti Bard Google, ChatGPT milik syarikat OpenAI dan sistem AI generatif lain mencipta kandungan menggunakan sejumlah besar data yang dimanipulasi daripada internet termasuk yang tersedia secara umum di platform media sosial.

Ancaman dicetuskan AI itu telah menyebabkan beberapa platform media sosial terpaksa mengubah polisi mereka bagi mencegah data pengguna daripada dimanipulasi.

Minggu ini, pemilik Twitter, Elon Musk mengehadkan bilangan ciapan yang boleh dibaca oleh pengguna sebagai langkah untuk menyukarkan syarikat AI mengumpul dan memanipulasi data-data dari platform tersebut.

Bilionair itu menyalahkan syarikat AI seperti OpenAI, Microsoft Bing dan Google Bard kerana cuba memanipulasi data untuk melatih model bahasa mereka.

Pada bulan lepas, laman perkongsian pendapat, Reddit turut mengenakan bayaran untuk akses kepada program Application Programming Interface (API) miliknya supaya syarikat AI tidak boleh menggunakannya sebagai ‘alat bantu mengajar percuma’ untuk model bahasanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 6-7-2023 11:55 AM
Teknologi yang paling canggih dan paling menakutkan...manusia plak woooo bestnya..kesan lain xpk...yg hadap..ank cucu kaliab...mcm kitalah nk hadap issie global warming...walhal dr zaman aku kecik org duk warning pasal nih
Quote _blackbird 6-7-2023 02:45 PM
sistur @Bipolajourney boleh la lepas ni claim kena godam dengan AI dan ber ex boipren kan AI pulok... kalau nak pitnah2 AI pon ok boleh tepek2 gambor yg realistik sikit idok je di tepek nya gamba katun... tak perlu lagi curi gambo jiran
Quote Bipolajourney 6-7-2023 03:10 PM
_blackbird replied at 6-7-2023 02:45 PM
sistur @Bipolajourney boleh la lepas ni claim kena godam dengan AI dan ber ex boipren kan AI pulok.. ...

Yang tu ngko fitnah diri sendiri

Adapun aku menten dengan kenyataan ko hacker tersangkak dengan 6 multinicknames + bercinta dengan diri sendiri. Baghal.
Quote _blackbird 6-7-2023 03:51 PM
Bipolajourney replied at 6-7-2023 03:10 PM
Yang tu ngko fitnah diri sendiri

Adapun aku menten dengan kenyataan ko hacker tersangkak dengan 6 ...

aku lagi maintain ko ni bipolar kecelaruan mental pelbagai cabang yantism sindrom yg dah termalu dan terlondeh terdedah. apo cerr perkembangan report pdrm skmm jkm kkm pm??? bila nak tangkap nya hacker halimunan ko tu??? nnt jgn lupa buka thread tepek skali muka hacker bila dah ada perkembangan
Quote BumpIQ 6-7-2023 08:33 PM
Bipolajourney replied at 6-7-2023 07:10 AM
Yang tu ngko fitnah diri sendiri

Adapun aku menten dengan kenyataan ko hacker tersangkak dengan 6 ...

KAU LA TU FITNAH ORANG NAK TUNDING JARI DEKAT ORANG PULAK WAKAKAKAKA
DIA MUNGKIN MENTEN DENGAN KENYATAAN DIA BUKAN MULTINICKNICKNAME DAN BUKAN HACKER.

TAPI AKU BANGGA LAGI TIDAK MENAFIKAN AKU HACKER ATAU MULTINICKNAME

SUPAYA AKU BOLEH HENYAK KAU SAMPAI KAU MAMPOS

DAN HARAP2 KAWAN2 KAU SEKALI MASUK SINI DAN AKU AKAN HENTAM SEKO2 JANDA MACAM KAU BAGI MATI

WAKAKAKAKA
Quote rosedemon 7-7-2023 08:44 AM
menakutkan lah ai ni

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.048928 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top