Seorang lelaki, Syahmi Azhari yang memandu kereta jenis Ford Fiesta di sebuah lokasi di Singapura mendakwa minyak petrol kenderaan miliknya dicuri. “Pergi ke Singapura membawa kereta, minyak kena curi da,” tulis jurugambar dan juruvideo profesional itu di laman Twitter.
Gambar berkenaan memaparkan kenderaan miliknya berada dalam kotak parkir di tepi jalan, namun penutup bagi tempat mengisi minyak dalam keadaan terbuka. Syahmi berkata, dia tidak pasti sama ada warga Singapura atau orang asing yang melakukan perbuatan terbabit tetapi yakin kehilangan beberapa liter minyak. “Tak pasti orang Singapura ke warga asing. Tapi sah hilang beberapa liter dalam lima hingga 10 liter,” tulisnya lagi. Namun begitu, dia tidak berkongsi lebih lanjut berhubung kejadian tersebut yang ‘mustahil’ berlaku di negara maju. Rata-rata netizen mempersoalkan bagaimanapun pelaku berbuat demikian, ataupun adakah penutup mengisi minyak itu mudah untuk dibuka selain daripada pemilik kenderaan? Malah, segelintir individu meminta Syahmi membuat laporan polis sekali gus dapat memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. -CARI
|
_blackbird replied at 6-7-2023 01:29 PM
adoilahhhh ko ni nokkk dah tersampok @Bipolajourney yantism sindrom kewwww??? sorg claim petrol hila ...
Bipolajourney replied at 6-7-2023 01:41 PM
Sendu sangat ke hidup kau ni sampai nak kena tag aku bagai? Rindu dibaghalkan ke ? Dah mengundi ke ...
epullipan replied at 6-7-2023 02:09 PM
keta tak lock ke camne? senang2 bukak pintu isi minyak tu
OshinDaSolja replied at 6-7-2023 03:03 PM
curi minyak ke sabotage? ada orang dengki kot tengok keta plet Malaysia aman2 drive dekat sana? nk o ...
Bipolajourney replied at 6-7-2023 05:41 AM
Sendu sangat ke hidup kau ni sampai nak kena tag aku bagai? Rindu dibaghalkan ke ? Dah mengundi ke ...
antikorok replied at 6-7-2023 04:29 PM
Ooo. Jahat nyeh mereka yach. Kat negara sendirik tunjuk besor, bila masok tanah ayer kita lepas ja ...
ADVERTISEMENT