CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dicekik Semasa Tidur, Disimbah Air Dan Dipukul Senior Di Asrama- Remaja 14 Tahun Cekik Adik Sampai Mati Selepas Jadi Mangsa Buli

6-7-2023 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4588| Komen: 63

Melaka: Remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai mencekik adiknya sehingga mati di Bukit Piatu didakwa berubah sikap selepas menjadi mangsa buli di sekolahnya.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira 12 tengah hari dan ketika itu, hanya remaja terbabit bersama mangsa yang juga adiknya berusia sembilan tahun berada di rumah.


Bapa remaja itu, Najli Yakob, 42, berkata, sikap anak sulungnya yang bersekolah asrama sekolah Arab di Alor Gajah itu mula berubah selepas dia dibuli pelajar senior di asramanya.

Foto: Harian Metro

Dakwanya, anaknya itu dibuli sejak tingkatan satu tetapi hanya mendiamkan diri sehinggalah berlarutan ke tahun ini dan semakin teruk sebelum mula mengadu kepadanya dan isteri.

"Dia kerap menelefon ibunya mengadu tetapi awalnya saya sangkakan keadaan biasa budak asrama sehinggalah terdapat kesan kecederaan, kami kemudian mengadu kepada sekolah serta membuat laporan polis.


"Dia mengadu dengan memberitahu dibuli oleh dua rakan senior termasuk dicekik ketika tengah tidur, disimbah air dan juga ditendang selain dipukul," katanya.

Menurut bapa kepada empat anak itu, susulan daripada perubahan sikap, anaknya itu pernah bertindak mencekiknya dan isterinya.

"Pernah mengambilnya dari sekolah dan tidak lama selepas tiba di rumah, dia tiba-tiba meraung dengan menyebut Subhanallah dalam keadaan mata terbeliak sebelum bertindak mencekik saya, tenaganya ketika itu seakan orang dewasa.

"Disebabkan perubahan sikapnya itu juga, kami biarkan dia belajar di rumah buat sementara waktu selain dalam waktu yang sama, saya dan isteri juga ada membawanya mendapat rawatan," katanya.

Najli berkata, ketika kejadian, dia berada di Terengganu atas urusan kerja, manakala isterinya yang bertugas sebagai jururawat juga sedang bekerja, dan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku mereka memantau pergerakan dua beradik itu melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipantau menerusi telefon bimbit.

"Sebelum kejadian saya ada menelefon sama ada sudah makan atau belum, dia masih seperti biasa dan memberitahu sudah makan.

"Tidak sangka apa yang kami bimbangkan berlaku apabila menerusi rakaman CCTV melihat dia tiba-tiba mencekik adiknya yang ketika itu berada di sofa," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 6-7-2023 11:03 AM
aku baca jugak aku rasa si abang tu ada PTSD.  dan biasalah kt malaysia ni kalau kene buli disuruh bersabar je. pastu claim abang ni ada rasukan sebab katenye sikit-sikit berubah.

pd pembuli lahanat tu semoga hidup ko tak selamat la dunia akhirat
Quote noor2 6-7-2023 11:07 AM
Tu aku benci sungguh anak2 pembuli ni...pelajar2 yg membuli ni tolong reveal mak pak depa sekali..background apa mak pak pembuli ni sampai anak jahat mcm.syaitan membuli org
Quote miss_strangers 6-7-2023 11:08 AM
Seram betul bagi budak2 duduk Asrama skrg...kadang budak terpengaruh dgn hp pastu dorg apply Kan member...
Quote rifaa 6-7-2023 11:11 AM
noor2 replied at 6-7-2023 11:07 AM
Tu aku benci sungguh anak2 pembuli ni...pelajar2 yg membuli ni tolong reveal mak pak depa sekali..ba ...

betol sis...mohon reveal skali makpak pembuli
Quote scorpionkiki 6-7-2023 11:15 AM
Sedihnya...moga syurga buatmu adik. Buat abang, moga Allah bantu kamu melewati fasa ini. Moga pembuli dibuang sekolah dari terus merosakkan anak orang lain
Quote noor2 6-7-2023 11:15 AM
rifaa replied at 6-7-2023 11:11 AM
betol sis...mohon reveal skali makpak pembuli

Yer cik rifaa....kes pembunuhan Farhan dulu keluarga pembuli langsung kita x tahu siapa...moga budak2 pembunuh tu di hukum bunuh tapi hukuman bunuh pulak di mansuhkan di Malaysia ni..moga meringkuk dlm penjara sampai mati..
Quote green~tea 6-7-2023 11:16 AM
Jangan le duk asrama kalo berkempuan..

Biar puak b40 je duk situ... deme perlukan bantuan  pendidikan utk tingkatkan taraf hidup family

Itu le tujuan asal penubuhan asrama penuh & mrsm.. utk bg peluang pendidikan bg b40
Quote menjad 6-7-2023 11:17 AM
Macam tau jer sekolah mana. Padan lah kemurungan. Dah smpai tahap halusinasi smp adik pun kena. Skizo dah kot. Nak blas dendam mula dia create bayangan.
Quote supernaturalee 6-7-2023 11:18 AM
annehuda replied at 6-7-2023 11:03 AM
aku baca jugak aku rasa si abang tu ada PTSD.  dan biasalah kt malaysia ni kalau kene buli disuruh b ...

ye
PTSD tu kan

dh mcm tentera tahap dia smpi mencekik org tanpa sedar

btw parent dh bertindak ape semua la ni
still in progress

cuma tu lah
bila tgl dgn adik tu...
arhhh
sedih plk rasa


Quote syamzana 6-7-2023 11:20 AM
ya allah sedihnya utk kedua2 anak ni. abg trauma kot smpai terbawak2, adik dicekik sampai mati.
mmg celaka laa yg membuli tu. acik doakan korang tak tenang hidup sampai mati baca kisah ni. makan apa bdk2 ni semua suke membuli ni. eh tp dulu pun ramai gak pembuli kat hostel
Quote Cassieopeia 6-7-2023 11:20 AM
moga pembuli tu kene tahanla dh jd kes polis tu.. kesiannya
Quote scorpionkiki 6-7-2023 11:20 AM
green~tea replied at 6-7-2023 11:16 AM
Jangan le duk asrama kalo berkempuan..

Biar puak b40 je duk situ... deme perlukan bantuan  pendidi ...

Mrsm bukan untuk b40 saja masa awal penubuhannya...tp.untuk orang melayu
Quote akuMNdia 6-7-2023 11:21 AM
"Dia kerap menelefon ibunya mengadu tetapi awalnya saya sangkakan keadaan biasa budak asrama sehinggalah terdapat kesan kecederaan, kami kemudian mengadu kepada sekolah serta membuat laporan polis.


makpak tolong la alert bila anak2 mengadu tu...
Quote newyork 6-7-2023 11:22 AM
Skrg asrama dah tak relevan dah..
Quote amyza82 6-7-2023 11:22 AM
noor2 replied at 6-7-2023 11:07 AM
Tu aku benci sungguh anak2 pembuli ni...pelajar2 yg membuli ni tolong reveal mak pak depa sekali..ba ...

Nor, pembuli tu mmg syaitan. Tapi as parents pls
care ank kita, jgn ank ngadu kita ambil sikap sambil lewa.
I ank 2, lelaki perempuan. Dua2 pun dari form 1 dh msk asrama. Mmg selalu pesan, jgn jadi pembuli n kalau kena buli have to inform me.
Selalu la monitor perangai ank kita ada berubah ke tak.

Kesian kat remaja ni. Hopefully yg terbaik je untuk dia.
Quote amyza82 6-7-2023 11:25 AM
akuMNdia replied at 6-7-2023 11:21 AM
makpak tolong la alert bila anak2 mengadu tu...

Ya, selalunya diaorg hanya akan mengadu bila betul2 dah x tahan. Kesian kt budak ni.
Parents jgn selfish. Ada pljr yg sesuai duduk asrama, ada yg tak.
Quote supernaturalee 6-7-2023 11:25 AM
"kami kemudian mengadu kepada sekolah serta membuat laporan polis."


then ape tindakan polis dgn sekolah

Quote talapia 6-7-2023 11:28 AM
noor2 replied at 6-7-2023 11:07 AM
Tu aku benci sungguh anak2 pembuli ni...pelajar2 yg membuli ni tolong reveal mak pak depa sekali..ba ...

baru2 ni kan viral kes pasal budak kena kurung dalam cell jeriji besi sebab londehkan seluar kawan kat sekolah..
adala HotFM bukak topik tu.. ada caller call.. dia pernah jadi mangsa kena londeh seluar masa sekolah. Sampai sekarang dia trauma.. risau sangat kejadian sama berlaku kt anak2 dia apa smua.. and si pembuli langsung takde dikenakan tindakan masa tu walau dia dah adukan pada cikgu.

next tu.. ada pulak caller lain.. seorang bapa yang anaknya memang kiranya terkenal dengan kenakalan. Dengan bergelak2.. tanpa rasa benda tu serius.. dia cerita ank dia pernah buat perkara yg sama dulu.. sampai dia n isteri terima panggilan dari sekolah. Dia tanye anak dia kenapa buat mcm tu.. anak dia jawab trend.. ikut kawan2 buat..  siap dia tanye nampak tak bebird ke apa.. anak dia kata tak.. nampak spender je.

As if.. it is ok sebab takde mende.. nampak spender je.. bukan nampak bontot pon. Gitu. Menyirap aku. And dia bole kata.. masa tu silapnya sebab sekolah tu strict sikit.. sekolah mubaligh kristian.. so dapat warning letter. Dapat warning letter je pon dikata strict. Kau tak fikir ke budak pompuan yang kena londeh seluar tu mcm mana perasaan dia?

Orang dok pikir kan trauma.. emosi budak yang kena denda.. kena rotan.. kena kurung ni.. malu dikenakan hukuman mcm tu. Tapi ada dorang fikir trauma yg mangsa lalui? Macam kes si abang ni la.. sampai mental budak tu jadinya.. dah dicekik masa tengah tido. mana tak bole jadi gila nya? Silap2 nak tido malam pon rasa takut. Terbayang2 kena cekik. Si pelaku? Abis2 panggil mak pak ke sekolah. Then? Bukan pak dia jentik pon anak dia.. besok2 beso upgrade.. jadi penyangak level atas. Abang kawasan. Ni la puncanya.. anak tk bole nak dijentik
Quote noor2 6-7-2023 11:28 AM
amyza82 replied at 6-7-2023 11:22 AM
Nor, pembuli tu mmg syaitan. Tapi as parents pls
care ank kita, jgn ank ngadu kita ambil sikap sam ...

Setuju sgt2...jadilah mak yang prihatin...

Kira mak kes ni..dia tahu anak dia mental x betul masih tinggalkan adik dgn abang...bayangkan abang ambil pisau toreh adik...knpla biarkan anak2 sendirian tanpa ada org dewasa dan hanya guna CCTV

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.203585 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top