CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Bengang Dah Tunggu Lebih Dua Jam, Bank Tak Bagi Buka Akaun- Alasannya Sebab Hanya Suri Rumah

6-7-2023 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8038| Komen: 180

Seorang suri rumah kecewa tidak boleh membuka akaun di sebuah bank selepas dua kali datang ke premis terbabit.

Suri rumah tersebut yang menggunakan akaun Ana_Nokcili di TikTok menjelaskan, dirinya begitu kecewa apabila menunggu lebih dua jam di bank tersebut namun pihak bank memaklumkan ‘suri rumah’ tidak boleh membuka akaun.


Jelas wanita itu lagi, kehadirannya ke bank itu adalah kali kedua selepas pihak bank sebelum ini meminta untuk menyediakan beberapa dokumen bagi membolehkannya untuk membuka akaun di bank tersebut.



Paling kecewa jelasnya, ketika kali pertama bertandang ke bank tersebut, dia telah bertanya dan menjelaskan mengenai statusnya sebagai suri rumah dan pihak bank hanya menjelaskan wanita itu perlu menyediakan beberapa dukomen sahaja.

“Saya datang kali kedua dengan menyediakan dokumen yang diminta kemudian mereka kata tidak boleh dengan alasan status saya sebagai seorang suri rumah.


“Saya tunggu dua jam, sampai sahaja giliran saya pihak bank kata tidak boleh. Kenapa sebelum ini tidak diberitahu memang tidak boleh membuka akaun.

“Kali pertama saya sudah tanya di kaunter, kenapa daripada awal pihak bank tidak cakap yang memang suri rumah tidak boleh buka akaun bank. Ini adalah kali kedua saya datang, maksudnya saya boleh buka akaun,” jelasnya.


Tambahnya, pihak bank sepatutnya menjelaskan terlebih dahulu keadaan bahawa suri rumah sepertinya tidak boleh buka akaun bank.

“Saya tidak pernah rasa kecewa begini, saya sudah sediakan penyata gaji suami dan bil telefon. Sepatutnya dari awal lagi pihak bank jelaskan yang suri rumah memang tidak boleh buka akaun bank,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 6-7-2023 10:48 AM
dah banyak sangat scammer..
sebab tu bank strict sekarang ni..
kalau surirumah, buka la join account dengan laki..
tak pun suruh je laki buka satu lagi account tapi bini yang guna..
Quote grouper 6-7-2023 10:49 AM
Nak buka akaun pun bank x bagi. Apa yg susahnya kan semua digital dalam komputer. Bukan ke bank akan untung ada org buka akaun simpan duit? Nak kata kurangkan scammer makcik ni bukan scammer kot ada dokumen bagai
Quote apalancut 6-7-2023 10:50 AM
mohon bankers dalam forum ni komen sikit berkenaan hal ini.
Quote prizadane 6-7-2023 10:50 AM
Kesian. Tapi bank mana nak buka tu? Bank yang senang nak buka account is cimb. Kalau bank lain memang quite strict
Quote Nurul8001 6-7-2023 10:51 AM
Edited by Nurul8001 at 6-7-2023 10:55 AM
prettyuglybabe replied at 6-7-2023 10:48 AM
dah banyak sangat scammer..
sebab tu bank strict sekarang ni..
kalau surirumah, buka la join accoun ...


Ni bahaya uolls. Suami buka akaun, tapi, Isteri yg guna, isteri masukkan duit. Walaupun saya sayang 100 percent ke suami, benda ni takkan saya buat.

Katalah, suami dipanggil Illahi, duit tu semua kena faraid.
Quote Tinot7 6-7-2023 10:52 AM
Dari dolu2 lagi mmg susah nak bukak akaun kalau takde bekground cek.. baik minta somi sponsor blajaq, sbb as stodeng senang sikit nak buka akaun.

Oberc lagi la nak bukti alamat, bukti stodeng, bagai..
Quote Nurul8001 6-7-2023 10:53 AM
Cer buka ASB, nampak bertudung, mungkin bumiputera, buka ASB senang sikit kot, kena ada surat beranak je
Quote Themilo 6-7-2023 10:55 AM
apalancut replied at 6-7-2023 02:50 AM
mohon bankers dalam forum ni komen sikit berkenaan hal ini.

pergi je bank lain sis. weols selaku ex-banker, memang maklum ada certain bank tak bagi housewife / home maker, untuk bukak savings account sebab risiko cuci duit / money laundering sangat tinggi.
tapi banyak je bank lain yang memang hadap nak new account opening & deposit. gi je la bank-bank lain.
Quote prettyuglybabe 6-7-2023 10:55 AM
Nurul8001 replied at 6-7-2023 10:51 AM
Ni bahaya uolls. Walaupun saya sayang 100 percent ke suami, benda ni takkan saya buat.

Katalah, s ...

kalau dah tak percaya gitu, register business, buka akaun company jah..
Quote pearl.silver 6-7-2023 11:00 AM
Rasa semua bank camtu kot.
Quote s@s@ 6-7-2023 11:03 AM
nak elak jadi keldai
Quote Firenzza 6-7-2023 11:04 AM
Kak mah yg full time housewife berlambak je buku bank.....xde keja pun duit masuk
Quote Decaffeinated 6-7-2023 11:08 AM
Takut jadi kaldai akaun la tu

Kat UK pun susah nak buka akaun tak boleh suka2 walk in
Quote noor2 6-7-2023 11:13 AM
Mmg kalau kita x pernah2 kerja x de akaun Bank lagi mmg Bank x terima pun nk bukak account Bank...kalau x silap aku la
Quote dekmieDandy 6-7-2023 11:13 AM
memang susah, sebab mule account

aku yang kerja bergaji pun susah nak buat, mintak alasan banyak sebab aku tak guna pun account tu nak masuk gaji

aku cakap nak guna sebab TGV ada banyak discount kalau bayar guna kad tu (zaman belum covid)
Quote airmineral 6-7-2023 11:13 AM
xboleh ke bank setkan limit acc utk suri rumah utk trigger kalau ada transaction pelik² drpd xbg buka acc langsung, mmg payah la..
Quote Decaffeinated 6-7-2023 11:18 AM
Nurul8001 replied at 6-7-2023 10:51 AM
Ni bahaya uolls. Suami buka akaun, tapi, Isteri yg guna, isteri masukkan duit. Walaupun saya sayan ...

bank ada link ka dengan JPN auto freeze akaun? I don't think so lah

Quote Nurul8001 6-7-2023 11:21 AM
Edited by Nurul8001 at 6-7-2023 11:23 AM
Decaffeinated replied at 6-7-2023 11:18 AM
bank ada link ka dengan JPN auto freeze akaun? I don't think so lah


Lepas report kematian, dalam beberapa jam, kad ATM tak boleh guna. Saudara saya kata mcm tu. Kiranya bukan auto freeze. Tapi, bila awal2 meninggal, byk perkara nak urus, selain kosongkan duit dari akaun

Quote prettyuglybabe 6-7-2023 11:24 AM
i ada 4 ke 5 bank account..
hari tu i nak tutup la tinggalkan 2 bank je..
sekali officer tu cakap kalau tutup, next time nak buka akaun dengan bank memang susah..
so tak jadi la..
biar je la bank tu jadi akaun tabung walaupun tak perlu..
masa student guna bsn..
buka maybank sebab company guna maybank..
kerja rhb kena guna rhb..
pastu kerja company lain, dorang guna cimb..
buka bank rakyat sebab saham..
kad cimb i pun entah mana i letak..

Lihat semua komen(180)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.042858 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top