Seorang bapa yang menyimpan jenazah bayinya di dalam peti sejuk gara-gara tak ada duit untuk urusan pengebumian. Tangerang Tribune melaporkan, bayi tersebut meninggal dunia ketika dalam kandungan ibunya berusia lapan bulan.
Kejadian berlaku di Ciledug, Kota Tangerang di Banten, Indonesia. Penduduk menemui lokasi mayat bayi itu di dalam peti sejuk selepas dua hari bapa berkenaan membawa pulang jenazah tersebut. Ketika ditemukan keadaan mayat bayi itu sudah membeku. Jenazahnya kemudian dikebumikan pada Selasa. -CARI Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT