CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Tangga Ke-14 Paling Banyak Makan Mi Segera

5-7-2023 11:56 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 664| Komen: 6

Hanoi: Penduduk Vietnam makan mi segera lebih kerap berbanding rakyat negara serantau yang lain dengan 8.48 bilion hidangan dinikmati mereka pada tahun lepas, lapor laman berita VNEXPress semalam.


Menurut Persatuan Mi Segera Sedunia, Vietnam menduduki tempat ketiga daripada 56 buah negara yang paling banyak makan mi segera.


Secara purata, setiap penduduk Vietnam makan 85 hidangan atau satu setiap empat hari.

Sementara itu, China menduduki tempat pertama dengan 45 bilion hidangan, diikuti dengan Indonesia iaitu 14.2 bilion hidangan.

Negara lain yang memasuki carta teratas adalah India, Jepun, Amerika Syarikat, Filipina, Korea Selatan, Thailand dan Brazil .

Dalam pada itu, Malaysia menduduki tempat ke-14 apabila rakyatnya makan 1.5 bilion mi segera dengan perisa kari dan tom yam menjadi pilihan utama. – AGENSI 


Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 5-7-2023 11:58 PM
Rakyat Indonesia suka makan Indomie.
Quote husie91 6-7-2023 07:04 AM
Laa ingtkn top 3 korea.. kalau tgok deme buat mukbang ke kdrama.. semedang mee segera je makan [em:3:]
Quote hayrin86 6-7-2023 09:43 AM
Tak layan mi segera hehari.. Sekali-sekala pun jadi la..
Quote chiyoasuka 1-8-2023 07:17 AM
jgn la suka btl makan mee segera ni...
Quote bottombikini 1-8-2023 07:22 AM
bukan korea ke yg sikit2 buat ramyun..sikit2 masak ramyun
gi kedai pun order ramyun
Quote supernaturalee 1-8-2023 08:28 AM
pening kepala lps mkn megi
letak separuh perencah baru la kurang sikit
feel dh x sm mcm dulu
tp dh teringin kan

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.169683 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top