CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yang Putih Kita Hitamkan, Yang Hitam Kita Putihkan. Jangan Bimbang Sayang." - Iqbal

5-7-2023 11:43 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1331| Komen: 15

"Sedangkan lautan sanggup ku redah, inikan pula setakat kulit; yang putih kita hitamkan, yang hitam kita putihkan. Jangan bimbang Sayang."

Itu reaksi Iqbal Zulkefli menerusi ruangan komen di laman Facebook (Fb) Harian Metro susulan kenyataan 'Inspektor Sheila' atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 35, yang hairan apabila pempengaruh berkenaan menyatakan hasrat untuk berkenalan dengannya yang berkulit hitam.



Komen itu mendapat perhatian netizen malah ada yang mengusik dan mendoakan Iqbal dan Sheila bertemu jodoh.

Portal Harian Metro hari ini melaporkan reaksi Sheila terhadap isi hati diluahkan Iqbal di Instagram (IG) story, semalam.

Menerusi hantaran dimuat naik, Iqbal secara terbuka meluahkan isi hatinya untuk mengenali Sheila dengan lebih dekat dan percaya wanita itu memiliki sifat lembut di sebalik ketegasannya.

Reaksi Iqbal itu susulan perkongsian Sheila di Fb beberapa hari lalu yang menyatakan hasratnya mencari teman hidup tanpa mengira umur, agama, bangsa dan kerjaya.


Sheila dalam temubual eksklusif dengan Harian Metro bagaimanapun menyatakan dia tidak tahu apa motif Iqbal mahu berkenalan dengannya.

Menurut Sheila, dia juga tidak mengenali Iqbal secara peribadi atau menerima sebarang kiriman mesej daripada pempengaruh berkenaan.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 6-7-2023 01:18 AM
Bab merepek kasik ke mu
Quote sharlenetexas 6-7-2023 03:09 AM
#Shebal


Quote Buritan 6-7-2023 05:07 AM
Mesti sisheila muntoh monggek nengok sibebal ni .. terus kurus Sheila tak payah pi slimming course..
Quote DayangKirana 6-7-2023 07:45 AM
dia ni suka tumpang glamer..dulu tumpang dato bida..
kehulu kehilir tak habis2 meratap pasal bida..
la ni, dh sejuk beku balik, nak tunggang plak kontroversi sheila nih..
geli aih mamat nih..
Quote jlo 6-7-2023 07:48 AM
poyo mamat ni
Quote Burong_Hantuk 6-7-2023 08:49 AM
bodohhhh!!!!
Quote Thunderclouds 6-7-2023 09:22 AM
Ni gosip ke vaviiii
Quote wannoorazlina 6-7-2023 09:29 AM
tolong inspector sheila makikan si kebal ni bagi pihak kami..
kot la dengan makian inspector sheila boleh pulihkan balik si kebal ni
Quote orkid_amani 6-7-2023 09:56 AM
Tak kena la cara nk curi limelight pun..buat org extra nyampah dgn iqbal ni..dok indon diam2 sudah la..awat mai balik Msia balik?
Quote cikatilia 6-7-2023 10:05 AM
jijik la haiii
Quote dudaberhias 6-7-2023 10:25 AM
Geli gila... Dah la muka pun macam kucing kurap oyen...
Sanggup mencaub demi nak menaikkan nama...

Quote SembangKari 6-7-2023 10:44 AM
Dah genetik dia kulit gelap kau nak tukarkan dia jadi MJ kaaaaaa
Ponen poyoooooooo
Quote airmineral 6-7-2023 11:16 AM
dia ni mmg xde taste da standard ek
dari Vida ke Shila sume jenis dia nk tapau
Quote nanasno 6-7-2023 12:19 PM
apa product mamat ni dia jadi kaya
Quote marchikobonzo 6-7-2023 02:14 PM
Bodo la mamat ni

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.051969 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top