Subang Jaya: Kanak-kanak lelaki yang hilang ketika berada di Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) Seksyen 27, Shah Alam ditemui selamat oleh polis malam ini. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu ditemui di SS15 oleh unit peronda polis (MPV) Subang Jaya.
"Keluarganya yang berada di Shah Alam juga sudah dihubungi. "Siasatan berhubung kehilangannya masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan malam ini. Terdahulu, kanak-kanak lelaki itu kali terakhir di lihat berada di tangga belakang KAFA terbabit pada 5.30 petang sebelum mangsa gagal dikesan. Sumber: Harian Metro |
ADVERTISEMENT