CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penunggang Motosikal Cedera Dilanggar Pemandu Mabuk

5-7-2023 11:23 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 812| Komen: 5

Petaling Jaya: Penunggang motosikal cedera selepas dilanggar pemandu kereta dipercayai mabuk di Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kemalangan berlaku pada 3 pagi apabila kereta Honda City dipandu lelaki berusia 31 tahun hilang kawalan dan melanggar motosikal Honda RS150.


KEADAAN motosikal selepas dilanggar pemandu kereta yang mabuk di Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, hari ini. FOTO Ihsan PDRM

Menurutnya, penunggang motosikal mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

"Pemandu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan disahkan berada di bawah pengaruh alkohol selepas ujian pengesanan dijalankan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan malam ini.


Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan penolong pegawai penyiasat trafik,Sarjan Juwita Selamat di talian 019-2841667.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 6-7-2023 09:13 AM
kes2 driver mabuk ni kan, iols rasa dia kena kat sedara mara/anak/keluarga pak menteri nanti, baru depa akan gelupur buat pindaan akta kasi berat.
Quote blue_blur 6-7-2023 09:25 AM
nasib baik tak mati, ni peluang emas nak hire lawyer saman dia gila2... boleh sangat menang ni.. hire lawyer india, sah berbaloi...
Quote venom1 6-7-2023 09:28 AM
kan time tidur tu..buat apa kat jalan pukul 3 pagi? fitrah kita malam untuk berehat dan buat tahajud
Quote chiyoasuka 1-8-2023 07:18 AM
kes orang mabuk langgar lagi.. tak hbs2
Quote shamsadis 1-8-2023 08:23 AM
bayar saman, settle.... esok lusa tunggu giliran ahli forum yang lain pulak kena langgar...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.033417 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top