CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Cabaran Paling Terkesan Sepanjang 40 Tahun Bersama Search Adalah Pengunduran Amy,"-Nordin Teringin Nak Bergabung Semula

5-7-2023 07:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 428| Komen: 1

 Nordin Mohd Taib meluahkan hasrat gabungan kembali bersama Amy.

Pemain gitar kumpulan rock lagenda Search itu yang pernah bergandingan dengan Amy mengakui cabaran paling besar adalah pengunduran vokalis dikenali ramai itu.


Katanya, dia berdepan dengan terlalu banyak cabaran yang mendorongnya menjadi lebih kental dalam industri muzik tanah air. 


Foto: Harian Metro

"Bagi saya, cabaran paling terkesan sepanjang 40 tahun bersama Search adalah pengunduran Amy tanpa sebab dan itulah satu perkara yang tidak dijangka.

"Walau bagaimanapun, saya terima dengan hati terbuka kerana itu semua adalah kuasa Allah.

"Kalau cabaran lain, saya boleh hadapi tetapi kalau berkenaan perkara ini, saya masih terkilan dan susah untuk melupakannya," katanya ketika ditemui di Sidang media Konsert Double Trouble 2: Search & Barbarik di Mutiara Damansara.



Tambah Nordin mengenai penggabungan semula kumpulan Search terserah kepada Allah kerana Amy dan kumpulannya masih aktif, begitu juga dia dan kumpulannya. 

"Ada perkara yang di luar kawalan kita, jadi biarlah masa yang menentukan dan saya hanya mengharapkan sesuatu yang baik berlaku pada masa akan datang," kata Nordin yang bersyukur kerana masih ramai mendengarkan lagu genre rock 1980-an meskipun sudah 40 tahun lagu itu dipopularkan. 

Foto: IG

Katanya, lagu adalah sesuatu elemen penting dalam industri muzik dan dia mengakui lagu bergenre rock masih dimainkan di radio dan platform digital kerana mempunyai kualitinya tersendiri. 

Sementara itu, Nordin juga berkongsi persiapannya dalam mengadakan konsert Double Trouble 2 yang bakal berlangsung pada 5 Ogos depan dengan berjoging jika ada masa terluang dan rehat secukupnya.  -CARI

Sumber: harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 6-7-2023 10:47 AM
Haggard nya kid n din.sepesen je.iols penah jumpa kid ni dlu kt post ofis tp idak le haggard sgt masa tu.mmg kurus le

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.040787 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top