CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jual Karipap Dapat RM80,000 Sebulan Bermula Dengan Gendong Bakul Sambil Nanyi Lagu Pasukan JDT

5-7-2023 07:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2117| Komen: 25

Siapa menyangka dengan hanya menjual karipap, seorang peniaga mampu meraih pendapatan sehingga puluhan ribu sebulan.

Gendong bakul sambil menyanyikan lagu pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) adalah strategi awal dilakukan penjaja jalanan, Jasmin Pannoot, 49, ketika menjual kuih karipap atau lebih dikenali epok-epok di nege­ri ini untuk menarik pelanggan.



Kosmo

Setiap hari, Jasmin berjalan kira-kira 10 kilometer sejak tujuh tahun lalu di sekitar Dataran Pontian dan Laman Diraja Pontian di sini terutama di pasar malam.

Katanya, dia memulakan perniagaan Karipap Ale-Ale hanya bermodalkan RM40 selepas beberapa bisnes sebelum ini menempuh kegagalan.

“Pada awalnya sukar untuk membuang rasa malu sebagai peniaga jalanan, namun demi isteri dan tujuh anak, semuanya dibuang jauh-jauh demi kelangsungan hidup,” katanya.


OhBulan

Menurutnya, dia melalui pelbagai cabaran termasuk tangannya tidak dapat bergerak ­seperti biasa akibat terlalu lama mengendong bakul.

Katanya, keadaan itu menyebabkannya terpaksa membeli troli bagi meneruskan perniagaan jualan epok-epoknya.

“Bagi memenuhi permintaan, saya telah membuka sebuah kedai di bawah bimbingan Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Getah yang mampu mengeluarkan kira-kira 2,000 hingga 5,000 epok-epok sehari,” ujarnya.

Katanya, dia juga telah membuka ‘stall’ di beberapa kedai makanan popular seperti Restoran Kopi Tenggek di Tanjung Piai dan Restoran Kemangi di Bandar Pontian.

“Karipap yang saya jual mempunyai pelbagai jenis inti se­perti kentang, telur, sardine, ayam, daging, nanas, keju dan mihun dengan harga antara RM1 hingga RM5 bergantung saiz.


OhBulan

“Karipap sejuk beku atau frozen dijual dengan harga RM8 sebungkus bergantung pada produk dan inti dengan saiz S, M dan L bagi jualan terus atau secara dalam talian.

“Saya juga telah mengadakan perbincangan dengan usahawan Singapura bagi membolehkan Karipap Ale-Ale dipasarkan ke negara tersebut,” jelasnya.

Dia memberitahu, setakat ini dia mampu mencapai jualan antara RM60,000 hingga RM80,000 sebulan dan ada ketikanya sehingga RM100,000 pada musim cuti persekolahan.

Jasmin gembira kerana perniagaan yang diusahakannya telah membuka peluang pekerjaan kepada 15 pekerja termasuk golongan muda.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 5-7-2023 07:48 PM
MasyaAllah...tolak kos untung 70 k sebualan.
Quote nurkasih74 5-7-2023 10:32 PM
Dekat Dataran Pontian tu ada sorang pompuan tak siuman berpakaian seksi gilla mcm baju tido see through tu suka menyanyi.. kdg2 lagu nasyid.. suara sedap.. sori ot.. teringat dia sbb penjual epok2 ni menyanyi sambil menjual..
Quote LadyCarefree 5-7-2023 11:55 PM
hebatnyaaaaa
Quote _blackbird 6-7-2023 12:11 AM
Tiba2 teringat karipap best kat singapore.
Quote Tinot7 6-7-2023 05:47 AM
Belibis replied at 5-7-2023 07:48 PM
MasyaAllah...tolak kos untung 70 k sebualan.

Kos mmg hanya rm10k jahh ka?
Quote Belibis 6-7-2023 07:00 AM
Tinot7 replied at 6-7-2023 05:47 AM
Kos mmg hanya rm10k jahh ka?

Ni untuk yang jualan 100k..andaian kos 30% la..
Quote Tinot7 6-7-2023 07:12 AM
Belibis replied at 6-7-2023 07:00 AM
Ni untuk yang jualan 100k..andaian kos 30% la..

Byk untung tu.. tapi dia simpan utk pusing2 bukak stall gerai kat tmpt lain.. kena bisnes minded giteww.
Quote BoongaKertas 6-7-2023 07:38 AM
alhamdulillah, siapa yg berusaha dia yg dpt. goodluck bro.
Quote Themilo 6-7-2023 07:42 AM
pernah beli kat dataran pontian & kopi tenggek tg piai.

ok la sedap. isi pun penuh.
Quote Friska 6-7-2023 07:51 AM
Bisa jadi keturunan Jawa Indonesia ini, nama ayahnya Panoot.


Quote Friska 6-7-2023 07:57 AM
Edited by Friska at 6-7-2023 09:07 AM

Kalau di Indonesia, Panoot di eja Panut. Nama yang rada populer di Pulau Jawa



Quote FOTHER-MUCKER 6-7-2023 07:59 AM
Karipap Yang paling sedap di IKEA
Quote dekmieDandy 6-7-2023 09:05 AM
aku suka betul karipap panas-panas ni

Quote ally9970 6-7-2023 09:44 AM
Slowly lifestyle dan harga makanan meningkat, semua nak jual karipap RM1-RM5 sebijik, in few years coming, tak jumpa dah karipap RM0.50 sebijik...
Quote supernaturalee 6-7-2023 09:47 AM
mmmmmmmmmmmm

nk jugak tu claim


Quote albedah 6-7-2023 09:58 AM
Belibis replied at 5-7-2023 07:48 PM
MasyaAllah...tolak kos untung 70 k sebualan.

Apa plak .. staff ke dh 15. Ko ingt jualan 80k tu dia buat sorang ke kipap...
Quote mamajawie 6-7-2023 12:06 PM
Edited by mamajawie at 6-7-2023 12:52 PM

bohong la karipap dia harga singgit..penah beli masa temankan mak iollss gi jenjalan kat pontian bulan lepas harga da rm3 yachh..bsar separuh tapak tangan je
Quote mamajawie 6-7-2023 12:07 PM
Edited by mamajawie at 6-7-2023 12:53 PM

sedap tapi pricey skit..karipap telur dpat tlur rebus suku dlm inti tu
Quote Kitty_catz 6-7-2023 01:55 PM
_blackbird replied at 6-7-2023 12:11 AM
Tiba2 teringat karipap best kat singapore.

haaa  bila nak buat makan2 karipappppp?

ni kompom bukan karipap inti angin  

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.119587 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top