CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tanda Terima Kasih Kepada Peminat Atas Sokongan Sepanjang Empat Dekad, Anuar Zain Buat Konsert Di Shah Alam Oktober Ini

5-7-2023 07:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1090| Komen: 18

Anuar Zain bakal tampil dalam konsert, Anuar Zain 40th Anniversary Concert yang dijadual berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada Oktober ini.

Konsert tersebut diadakan bagi menghargai dan meraikan peminat sempena 40 tahun pembabitan dalam industri muzik tanah air.


Foto: IG

Anuar bakal menghibur peminat dengan untaian lebih 20 lagu. Sekali gus sebagai tanda terima kasih kepada peminat atas sokongan yang tidak pernah luntur sepanjang empat dekad.

"Sudah tentu saya menyasarkan kehadiran penuh pada konsert kali ini dan tujuan utamanya adalah untuk menghibur peminat dengan kesemua lagu yang akan dipersembahkan nanti.

"Bagaimanapun, buat masa ini, saya masih belum memikirkan mengenai penyanyi jemputan kerana masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan dari segi persiapan konsert.


"Boleh dikatakan, konsert kali ini hanya berterus-terang sahaja kerana saya tidak ada sebarang gimik atau elemen kejutan yang ingin ditampilkan," katanya keapda Harian Metro

Mengulas pemilihan lokasi konsert, Anuar berkata, Stadium Malawati di Shah Alam menyimpan pelbagai nostalgia manis buat dirinya, malah mempunyai kelengkapan sesuai untuk penganjuran konsert.

"Antara sebab saya memilih lokasi itu kerana Shah Alam adalah tempat saya tinggal dan membesar. Saya pernah mengadakan konsert di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, tetapi Stadium Malawati memberi saya nostalgia yang sangat manis. 

"Apatah lagi, lokasi itu sangat praktikal dan mempunyai struktur bangunan yang menepati perancangan. Malah, pencahayaan dan sistem bunyian yang dimiliki sangat baik," katanya. 


Pada masa sama, penyanyi kelahiran Merlimau, Melaka ini turut menjelaskan, beberapa visual yang memaparkan perjalanannya sepanjang 40 tahun sebagai anak seni.

"Serba sedikit visual mengenai perjalanan saya sepanjang 40 tahuh itu ada, tapi konsert kali ini lebih kepada menghibur peminat yang hadir, cuma penceritaan itu tetap ada.


"Sebelum ini saya pernah tampil dengan konsep sedemikian, jadi kali ini mungkin akan ada perubahan sedikit," katanya.

Tiket konsert akan mula dijual pada 12 Julai jam 10 pagi dengan harga RM188 hingga RM1188. -CARI

Sumber: harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 5-7-2023 08:31 PM
Klise...konsert sebagai terima kasih terhadap sokongan peminat..harga tiket sampai riban.
Quote TerataiMelur02 5-7-2023 08:34 PM
Belibis replied at 5-7-2023 08:31 PM
Klise...konsert sebagai terima kasih terhadap sokongan peminat..harga tiket sampai riban.

Sepatutnya tanda terima kasih tu haruslah percuma atau harga bawah 100
Quote OshinDaSolja 5-7-2023 10:45 PM
hmm...semoga sukses la ye
Quote rayna_raynes 5-7-2023 10:56 PM
Kira murah jugak tiket dia, paling murah tak sampai 200
Quote Carcosa 5-7-2023 11:02 PM
Bengkak bokop muka Abg Nuaw
Quote wirazam 5-7-2023 11:09 PM
TerataiMelur02 replied at 5-7-2023 08:34 PM
Sepatutnya tanda terima kasih tu haruslah percuma atau harga bawah 100

Kannnn...respect arwah sudirman yg buat free konsert kat chowkit kalau tak silap...retis skrg???
Quote sleepandream 6-7-2023 01:26 AM
iols harap artis jemputan heols jemput lah nek ani...
kesian sheols nak berkonsert...
boleh la habang nuar duet sekali hati kama amik part siti
Quote tuntasha 6-7-2023 07:16 AM
Konsert camni ‘halal’ . Ustad selebriti semua bagi greenlight.
Quote ashilalat 6-7-2023 07:26 AM
Dia start nyanyi 1983 ke?

Kalau betol, Tapi dalam 40 tahun tu bukan sepanjang masa dia aktif, dia banyak tenggelam timbul dan sbnrnya banyak tenggelam dari timbul. Kemuncak karier bang kua ni masa sekitar Keabadian Cinta tu la area 2002-2006.

Gud luck la utk konsert.
Quote BoongaKertas 6-7-2023 07:41 AM
*take my moneyyyyyyy*
Quote lasagna 6-7-2023 08:30 AM
haa buat laa, jgn tak buat..
cara2 utk generate duit di usia tua ni..
Quote laksmanabentan 6-7-2023 10:00 AM
ashilalat replied at 6-7-2023 07:26 AM
Dia start nyanyi 1983 ke?

Kalau betol, Tapi dalam 40 tahun tu bukan sepanjang masa dia aktif, dia  ...

1983 tu dia nyanyi lagu Kain Pelikat tu ler kot uoollssss... due dengan Ellina tu...
Quote She-Ra 6-7-2023 10:02 AM
rayna_raynes replied at 5-7-2023 10:56 PM
Kira murah jugak tiket dia, paling murah tak sampai 200

starting 200 ok la jgk
tp mesti tingkat teratas terpaling kayangan

lagu dia tak byk yg iols tau.. hmmmmm
Quote ezacbee 6-7-2023 10:21 AM
Tiket 188 kira mampu beli

Quote dudaberhias 6-7-2023 10:24 AM
Kira ok la tu rega tiket... Harap2 berbalo macam konsert ella dan bukan sejenis konsert nak tayang baju dan banyak berborak...

Quote Burong_Hantuk 6-7-2023 10:29 AM
gayah muka kembung akibat botox!!
Quote KamikuP 6-7-2023 10:37 AM
Meolls nak pegi ngan wife meollss ok tak?
Quote LostStar 6-7-2023 12:03 PM
Lega tak buat kat bukit jalil

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.055781 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top