CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jemaah Dah Mula Beransur Pulang, Peniaga Mekah Rancak Tawar Diskaun Selepas Wukuf

5-7-2023 07:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 938| Komen: 8

MEKAH – Suasana selepas musim haji di kota ini semakin rancak apabila peniaga berdekatan hotel jemaah Malaysia berlumba-lumba menawarkan diskaun sebelum mereka berangkat pulang secara berperingkat semalam.


Seorang peniaga pakaian dan cenderamata, Fawaz Ahmad, 60, berkata, dia tidak menang tangan melayan kehadiran pelanggan ke kedainya selepas jemaah pulang dari berwukuf di Arafah.

Katanya, sebelum ini kedainya sering dikunjungi pelanggan tetapi jumlahnya meningkat sekali ganda apabila tiba hari jemaah Malaysia dijangka pulang.

Foto: Kosmo

“Kami menawarkan diskaun antara 20 (RM24) hingga 35 riyal (RM43) untuk pakaian terpilih dan baharu selain menjual secara pukal empat pakaian 100 riyal.

“Taktik ini menjadi dan kedai kami dikunjungi pelanggan bertali arus. Saya terpaksa mendapatkan bantuan pekerja tambahan untuk melayan jemaah,” katanya di sini semalam.


Menurut Fawaz, selain menjual pakaian dan cenderamata, dia juga ada menyediakan hotel serta bilik sewa untuk jemaah yang ingin menggunakannya dalam tempoh yang singkat.

Tambahnya, hotelnya terletak berdekatan Menara Jam di Masjidilharam dan hanya dibuka sepanjang musim haji.

Fawaz berkata, pemberian diskaun adalah perkara biasa buat peniaga sepertinya lebih-lebih lagi selepas wukuf yang menyaksikan jemaah menabur riyal bagi membeli hadiah buat anak, cucu dan kenalan di Malaysia.

“Antara yang laku ialah sejadah Madinah, abaya permaisuri, jubah lelaki dan cen­deramata. Abaya ini direka dan dijahit sendiri oleh kami di kilang berdekatan,” ujarnya.

Peniaga lain dari Yaman, Sulaiman Abduh, 26, berkata, pe­langgan yang datang akan menyebut ‘Fi tahfidh’ (ada diskaun) untuk meminta potongan harga daripadanya.

“Saya sudah berpuluh tahun berniaga di sini dan sudah lali dengan suasana seperti ini. Peng­hujung musim haji merupakan saat yang paling ditunggu-tunggu kerana kebanyakan jemaah akan berbelanja selepas membuat tinjauan sebelum mereka berwukuf,” katanya.

Menurut Sulaiman, perkataan halal, bismillah dan akhir kalam juga merupakan taktik jemaah untuk meminta potongan harga.

“Jika pandai pilih dan pujuk, mereka akan dapat diskaun yang tidak disangka kerana kami ingin menghabiskan stok kebanyakan barangan yang ada,” katanya.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CatMiow 5-7-2023 09:19 PM
Musim haji untuk beribadah, jika nak shopping, terpaksa la buat umrah lain sambil melawat2.
Quote Decaffeinated 5-7-2023 09:22 PM
benci betul istilah sekali ganda ni tau

dari 1,000 jadi 2,000 tu sekali ganda ka dua kali ganda?

kalau tiga kali ganda?

Quote Carcosa 6-7-2023 03:48 AM
Edited by Carcosa at 6-7-2023 03:50 AM
Decaffeinated: benci betul istilah sekali gan ...


Bagus betul Bang Decaf membuatkan saya berfikir di pagi2 yg hening ini. Ni yg saya jumpa dkt website DBP

Screenshot_20230706_034614_Chrome.jpg
Yg first ni, soalan dia mcm ditanya oleh Bang Decaf je

Screenshot_20230706_034700_Chrome.jpg
Ni diorang terangkan. Bagus bende ni kita boleh share
Quote Buritan 6-7-2023 04:50 AM
Kalo baginda nabi muhd Masih hidup mmg kenalaa hangpa semua ni.. baik yg meniaga Dan baik yg buat ibadah.. aku tgk mekah dah tak seperti yg disaran oleh baginda.. mekah utk ibadah.. laa ni aku tgk mekah dah serupa shopping komplekss.. mmg betulla org Arab ni bgsa yg jahak.. sbb tuu nabi turun kat kaum ni..
Quote sayurmayur88 6-7-2023 07:46 AM
mekah dah jadi macam pusat shoping complex dh nowadays
Quote rosedemon 6-7-2023 08:57 AM
teringin buat umrah jomm
Quote Samerosie 6-7-2023 09:14 AM
Ini normal kan mana2 pun end of season sale
Quote BeskotCekelat 6-7-2023 09:24 AM
Betul ke Jubah jahit sendiri? Entah2 made in China, sama macam barang2 lain

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.443130 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top